HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Monday, July 5, 2010

Cinta Baru

Berapa lama agaknya korang mengambil masa untuk menemui cinta baru selepas terkandasnya sebuah percintaan?1 hari?seminggu?sebulan?atau setahun?

Kalau bercakap pasal cinta baru ni kadang-kadang aku musykil sendiri.Ada orang sehari dua dah jumpa pengganti.Laku gilakan?tak perlu amik masa lama untuk cari pengganti.

Apa agaknya ciri2 yang korang tengok sebelum menerima seseorang dalam hidup korang sebagai kekasih?Adakah main tangkap muat sahaja?

Dulu aku sangat pelik bila orang dok berganti-ganti bf/gf cam ganti baju.Aku rasa tak de nilai erti cinta tu bagi mereka.Itu pada persepsi aku la.Masa bercinta bukan main lagi bagai nak rak, macam belangkas,sana-sini bersama.Bila putus,gaya cam orang putus nyawa,berendam air mata,tak boleh tidur malam macam2 la peel orang putus cinta ni, tak reti nak khaborkan.Eh tup tup seminggu dua dah ada orang lain.Mula la status fb pun bertukar mode:bahagia.Gediks!!Buang air mata je.

Bagi aku bila dah meninjak 24 ni, bukan bf yang aku cari tetapi calon suami..tiba2 serius, rasa cam lain lak..tapi kan kenapa orang yang aku suka semua stok yg sesuai untuk dijadikan bf sahaja?Aku pun tak paham dengan diri aku,mungkin aku belum puas lagi rasa muda kot.Al maklum la, dulu masa orang sibuk2 bercinta aku mentelaah buku..hehe..study first..cinta kemudian, tu prinsip dolu2..Sekarang orang da sibuk-sibuk, tunang-tunang,kahwin-kahwin aku masih terkial-kial mencari.Relaks ah, baru 24 belum 42 lagi.wee..Berhati2 memilih jangan tersalah pilih.







p/s: t ckp, susah nak cari lelaki berkualiti sekarang..100% setuju..

Friday, July 2, 2010

Ko boleh tolong diam tak?

"Dil, slow..."

"Dil, keta.."

"Dil,brake"

Ada je tak kena bila ko jadi penumpang aku.Sakit jiwa do dengar.Rasa nak staple je mulut hang time tu..

Lepas ni kalau aku keluar lagi dengan kau, aku bagi ko je drive senang.Aku pun tak penat, ley main sms kat sebelah..huhu..

Benda-benda seperti ni terjadi bila orang yang dah selalu memandu jadi penumpang, mereka akan rasa tak selamat je.Itu salah, ini salah.Ada je tak kena.Padahal kadang-kadang dorang punya cara pemanduan lagi la bahaya.Aku pun cam tu gak.hehe.




p/s:teringat masa naik keta HK dgn iza dlu, rasa cm laju gila dia bawak padahal baru 100km/h je.cilok sana cilok sini.mengucap panjang aku takut accident..huhu..

Thursday, July 1, 2010

Kau je la yg betul!


Susah betul cakap dengan orang yang terlebih pandai ni..

Pada dia, pendapat dia seorang je yang betul, even dah terang-terang memang orang lain tak setuju dengan pendapat dia.

Pendapat?boleh jadi betul atau salah betul tak?Tak ada jawapan khusus pun untuk pendapat..kira tak ada la skema jawapan.

Berhadapan dengan orang yang selalu nak menang, pendapat dia seorang je betul boleh buat aku hilang sabar..rasa macam nak hempuk2 je muka dia (kalau boleh la..hehe..mana boleh suka2 mau hempuk orang)

Ape agaknya korang akan buat kalau jumpa orang2 macam ni?

Aku senang je.Kalau da cakap pun macam cakap dengan dinding, baik blah je..tok sah cakap banyak..nanti da penat dia akan senyap la..Tiba2 terbayang macam ne aku tinggalkan kawan aku terkulat-kulat bila dia sibuk nak pertahankan pendapat dia je..dia sahaja la yang betul..amik ko!..sesekali hangin gak aku..bukan niat nak kurang ajar,tapi sesekali perlu dia ajar..hehe..agak biadap gak sebenarnya..

Tapi kalau orang yang lebih tua dari korang jangan lak buat macam tu..itu kurang ajor namanye..Berdiam diri adalah yang terbaik..(benda ni selalu je jadi kat aku..sob..sob)...(T_T), tapi kadang-kadang melawan gak..(ma, kekadang ke?napa rasa cam selalu je..hu).



Mengenali Seseorang

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..teman tapi mesra.. Kerana dia adalah insan terpilih...

Kadang kala tanpa diduga kita kita berkawan dengan seseorang, dan tanpa diduga berlakunya perpisahan.Sedih memang sedih bila persahabatan terputus di tengah jalan (gaya cam percintaan je..erk?haha..), tapi siapa lah kita untuk menolak ketentuanNya.

Sekurang-kurangnya, dia pernah buat kita rasa bahagia walaupun hanya sementara.Bukan balasan yang diminta terhadap perbuatannya selama ini, tetapi ingatan..:)




p/s:Agak-agaknya dia ingat tak kat aku?

Sunday, June 20, 2010

Ayah dan Ibu-Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat





Aku tak tau kenapa setiap kali dengar lagu ni, aku rasa sebak nak nangis.Lagi-lagi kalau lagu ni jadi lagu latar cerita arahan Rashid Sibir, menderu-deru air mata aku mengalir.He.Malu-malu.Lantak la orang nak kata apakan, sekurang-kurangnya kita ada rasa, dan perasaan.Pedulikan apa orang kata.Kalau nak nangis tu nangis je,tak yah nak cover2.

Bagi aku kalau menangis sebab ayah dan ibu itu ok..tapi kalau nangis sebab lelaki tu, buang masa..hui..beria je aku..he..Bagi aku memang buang masa tetapi kebiasaannya lelaki lah yang buat aku menangis..Macam siot..huhu..


Note:Biasa nangis disebabkan benda-benda yang tak sepatutnya..haih..Sedang cuba utk jadi kuat..

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

"Selamat Hari Bapa, Ayah"

Setiap nama orang dikuatkan dengan nama bapa di belakangnya, Nama aku Aidil Laily Binti Ab Rahman.

Ab Rahman Bin Othman, itulah nama ayahku.Dengan ketinggian yang tak seberapa, dengan wajah yang agak garang.Bagi sesiapa yang dah pernah jumpa sure akan cakap, takut nak berhadapan dengan dia tapi sebenarnya dia tak adalah garang mana pun.Bila keadaan perlukan dia serius dia akan serius la,bila masa nak bergelak ada sahaja lawak dia.

Wei rasa dah lama gila tak dengar cerita ayah.Rindu.he

Cerita zaman sekolah dia,bila jadi budak nakal ni ada je cerita yang nak dikenang-kenangkan, samalah dengan ayah aku.Cerita zaman budak-budak dia buat kita yang dengan tak kering gusi.Al maklumlah, ayah ni famous juga dengan peel setan dia dulu.he..

"Ala, jurulatih dia budak Rawang tu"

Ceh tu la ayat famous ayah aku bila tengok game apa-apa pun.Badminton ke, Bola Sepak ke, Takraw ke.Ada je la.Ntah tang bila dia jadi jurulatih altet Malaysia pun aku tak tau la.Tolong, tolong!tak nak dengar.Tak nak dengar.he.Itulah respon aku bila ayah ucapkan ayat tu.

Ayah, apa-apa pun orang nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kat Ayah.

Siapa ayah buruk baik ayah orang terima seadanya, sebab tanpa ayah dan mama tak ada la Aidil Laily di dunia ni. Orang minta maaf sebab selalu je sakitkan hati ayah tanpa sengaja, atau pun dengan sengaja(dah macam minta maaf time raya lak..he).Orang nak buat yang terbaik untuk family kita je.Ayah, Ai doakan agar ayah berjaya dalam setiap yang ayah lakukan.Jaga diri jaga kesihatan, hah, kalau dah tau kacang tak boleh makan jangan gatal-gatal nak makan, nanti bisul datang balik baru tau, tak ke haru..hehe..datang balik bisul tu.Harap ayah buat yang terbaik untuk family kita. :)

I love you, Ayah & Mama..

Gambar masa konvo, ayah & mama



Hargailah kedua orang kita selagi dia ada.Ingatan untuk diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan.

Tiba-tiba rasa sedih pulak terkenang apa yang dah berlaku dalam hidup aku.

He..Apa-apa pun banyakkan berdoa.Allah tahu apa yang telah dia tentukan dalam perjalanan hidup kita.Allah tak kan uji hamba Nya dengan sesuatu yang hamba Nya tak mampu.Aku harap aku dapat lalui hidup aku dengan tabah dan kuat.


Note:Rasa dah lama sangat tak pergi holiday bersama dengan ayah.Harap suatu hari nanti kita dapat pergi bersama, mungkin pergi umrah ke?InsyaAllah..

Idea kering

Dah berapa hari tak update belog ni..

Tak ada idea nak dikongsikan di sini..

Aku lalui hari-hari seperti biasa tak ada beza dengan hari-hari yang lain..

Aku berharap agar hari-hari yang akan datang aku lalui dengan tabah dan tenang..

Hari ni rumah aku menerima tetamu..Aisyah, Bibik, Na, dan Family Uda aku..

"Happy Birthday,Mak Long"ucapan dari Aisyah kepada Mama ku..

Wah hebat budak kecik ni.Dalam hati terfikir macam mana lah budak seusian Aisyah boleh ingat hari ulang tahun mama aku.Aisyah cuma berumur 5 tahun.

"Eh bukan hari ni la"balas mama ku.

"Tau isnin"kata Aisyah.

Mak kepoh ni kalau dah bercakap memang macam mak nenek, tak macam budak seusia dia pun,ada je balasan dia.Kadang-kala tak larat nak layan.he.Tapi layan kan je wei, sebab bukan selalu dia datang rumah ni, sejak dah berpindah.Kadang-kala rindu juga dengan keletah dia.

Aku ingat birthday mak aku isnin ni, 21 Jun.Serius ingat kot, tapi tak tau nak belikan apa lagi.Isk2.Tak kan nak belikan kain lagi?Tak nak la.Macam dah biasa sangat je.Nak belikan rumah,tak mampu.huhu.

"Happy Becoming Birthday, Ma..I love u"





Note:Esok nak keluar pergi jalan-jalan dengan mama..:)