HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

"Selamat Hari Bapa, Ayah"

Setiap nama orang dikuatkan dengan nama bapa di belakangnya, Nama aku Aidil Laily Binti Ab Rahman.

Ab Rahman Bin Othman, itulah nama ayahku.Dengan ketinggian yang tak seberapa, dengan wajah yang agak garang.Bagi sesiapa yang dah pernah jumpa sure akan cakap, takut nak berhadapan dengan dia tapi sebenarnya dia tak adalah garang mana pun.Bila keadaan perlukan dia serius dia akan serius la,bila masa nak bergelak ada sahaja lawak dia.

Wei rasa dah lama gila tak dengar cerita ayah.Rindu.he

Cerita zaman sekolah dia,bila jadi budak nakal ni ada je cerita yang nak dikenang-kenangkan, samalah dengan ayah aku.Cerita zaman budak-budak dia buat kita yang dengan tak kering gusi.Al maklumlah, ayah ni famous juga dengan peel setan dia dulu.he..

"Ala, jurulatih dia budak Rawang tu"

Ceh tu la ayat famous ayah aku bila tengok game apa-apa pun.Badminton ke, Bola Sepak ke, Takraw ke.Ada je la.Ntah tang bila dia jadi jurulatih altet Malaysia pun aku tak tau la.Tolong, tolong!tak nak dengar.Tak nak dengar.he.Itulah respon aku bila ayah ucapkan ayat tu.

Ayah, apa-apa pun orang nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kat Ayah.

Siapa ayah buruk baik ayah orang terima seadanya, sebab tanpa ayah dan mama tak ada la Aidil Laily di dunia ni. Orang minta maaf sebab selalu je sakitkan hati ayah tanpa sengaja, atau pun dengan sengaja(dah macam minta maaf time raya lak..he).Orang nak buat yang terbaik untuk family kita je.Ayah, Ai doakan agar ayah berjaya dalam setiap yang ayah lakukan.Jaga diri jaga kesihatan, hah, kalau dah tau kacang tak boleh makan jangan gatal-gatal nak makan, nanti bisul datang balik baru tau, tak ke haru..hehe..datang balik bisul tu.Harap ayah buat yang terbaik untuk family kita. :)

I love you, Ayah & Mama..

Gambar masa konvo, ayah & mama



Hargailah kedua orang kita selagi dia ada.Ingatan untuk diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan.

Tiba-tiba rasa sedih pulak terkenang apa yang dah berlaku dalam hidup aku.

He..Apa-apa pun banyakkan berdoa.Allah tahu apa yang telah dia tentukan dalam perjalanan hidup kita.Allah tak kan uji hamba Nya dengan sesuatu yang hamba Nya tak mampu.Aku harap aku dapat lalui hidup aku dengan tabah dan kuat.


Note:Rasa dah lama sangat tak pergi holiday bersama dengan ayah.Harap suatu hari nanti kita dapat pergi bersama, mungkin pergi umrah ke?InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment