HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Thursday, June 3, 2010

Dari Student Kepada Guru

Hari-hari ada je kisah kawan aku si Sheila, cikgu sekolah paling sempoi ketinggian ala-ala budak sekolah (sebab dia dengan student, tinggi lebih kurang je) ceritakan pada aku perihal pelajar-pelajar beliau yang gila-gila.

Minggu lepas,kalau tak silap aku budak-budak ni ada peperiksaan pertengahan tahun.

"Dol, student aku ni cam jakun,tak pernah amik periksa, dalam exam boleh berbual-bual, jalan sana jalan sini cam hari-hari biasa je, dengan cikgu tak takut langsung"

Hmm..macam-macam hal.Aku yang dengar pun pening lagi lah dia yang kena mengadap pelajar-pelajar tu tiap-tiap hari.Aisey!!

Tiba-tiba di suatu hari yang hening,ececeh..masa tu aku tengah serabut sangat kepala, Sheila berkata kepada ku,

"Eh Dol,ko tak yah serabut sangat aku ada benda baik nak tunjukkan kat kau ni.."

Dengan rasa saspen yang amat sangat aku menunggu apa yang nak ditunjukkan oleh kawan aku seorang ni.Ada beberapa keping gambar yang di upload oleh minah seorang ni untuk dikomen oleh aku,iaitu hasil seni pelajar-pelajarnya semasa menjawab peperiksaan.Macam-macam lah.Ini antara gambar-gambarnya.Saksikanlah,




Dialog1:Sorry, I don't study yet because that all question I can't do it.Sorry.

Dialog2:Teacher is you do tuition, please tell me only math.

Dialog 3:To teacher in my class,please teach me math. I can't do it.

Aku just tulis semula apa yang gambar tu katakan..Jadi kesalahan bahasa Inggeris tu harap lah dimaafkan.Mereka ni kan budak-budak masih belajar..huhu..

Btw,korang perhatikan gambar kartun tu, korang akan perasaan ada good side & dark side.Pada pendapat kamu-kamu mengapa ia dilukis sedemikian rupa??Ini soalan cikgu Sheila bagi kat aku untuk dijawab.Hmmm..Jawapan aku ialah,

"Bagi aku student ko menggambarkan dirinya, tak hipokrit sebab dia tau dia tak terlalu jahat dan tak terlalu baik.Adat la murid ko kan??"


"Sorry to all teachers in my class,i not study yet"

Ayat-ayat pancing simpati.Cikgu cakap,"Ada aku kisah".Kalau aku jadi cikgu pun hangin kot.Ko mengajar punyalah beria but then student jawab macam ni time exam.Adeh, kecewanya.Dol, aku memahami kekecewaan ko.

Dik,tak ada istilah belum study dalam exam ok?Patut sentiasa bersedia..haish..

Calon dikehendaki jawab SIKIT soalan dalam kertas ini.

Wah,suka-suka kau je.Hehe.Jawap sikit markah pun sikit la ye tak??

Gambar di bawah ni aku paling suka..hehe..almaklum Sheila kat sekolah dikenen-kenenkan(dipasangkan) dgn seseorang.Pelajar seperti merestuinya.Eceh.Dol, student da restu tu pe lagi kan??hehe..Aku pun restu gak Dol..Ko kan masih single :p

Contengan di atas kertas jawapan,
AT love Sheila
(tak tau cm ne nk buat ikon love..kuikui)

Cuti ni tak balik S'wak kew?

Wah suka-suka hati je jawab soalan macam tu kan??Kertas OMR tu patut dihitamkan dengan jawapan tapi dipenuhkan dengan contengan..tak patutnya..Kalau aku jadi cikgu, aku koyak-koyak je depan student tu..Emosi tol kalau aku yang jadi cikgu kan?Tak dapat nk bayangkan..

Walau apa pun kerenah, perangai anak murid dia dengan sabarnya dia mengajar.Al maklum guru yang teramat dedikasi aku kenalkan Dol?Apa latar belakang student tu, macam mana teruk perangai mereka aku harap kau tabah dan sabar je la k?Aku tau ko kuat..hehe..Sekuat mana kekuatan kau aku belum pasti lagi?(nanti kita lawan ok?lol).Wish you all the best!

Hadiah hari guru terakhir yg diterima Sheila pada hari guru 16 mei hari tu..selain coklat yang berlambak-lambak..(Dol nasib baik da bukak braces kalau tak sure ko kene sedekah coklat-coklat tu kn??)..Ucapan ikhlas darinya"time ksh pelajar!! saddam & diddy.... sob2..(smbl trharu)"

Itulah dia antara pemberian student-student ini kepada Sheila,si guru.


No comments:

Post a Comment