HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Wednesday, June 16, 2010

Sentuhan Qalbu

Semalam aku menonton program Halaqah:Sentuhan Qalbu, musim terbaru episod 1.

Kenapa sentuhan qalbu?

Kalau selama ni halaqah membincangkan tentang permasalahan agama tapi kali ini pendekatannya lebih menyeluruh, bermula dari mana kita dicipta dan pengakhirannya.Menyentuh jiwa dan naluri kita.Bagi yang hati keras, tak tau la tersentuh ke tak.

Aku mencuba untuk menghayati, menyelami apa yang jurulatih ESQ tu sampaikan..

Bayangkan anda dijadikan dari air yang kotor..
Bayangkan anda dijadikan dari segumpal darah..

Beria-ia la aku bayangkan, ye saya bayangkan serius..siap tutup-tutup mata bagai (sebab memang disuruh tutup mata..)

Tengah bayangkan itu, ini.Tiba-tiba terlelap.Adui,potong stim betul la.

Almaklum la, menonton tv sambil berbaring tunggu masa untuk tidur memang cam tu la :)

Setakat 2, 3 ayat je aku dapat bayangkan, yang lain-lain tak sempat sebab aku dah selamat berlayar untuk seketika.

Tu pengalaman aku semalam.

Aku teringat semasa belajar dulu, Cik Safinah dan Puan Raihan ada membuat latihan ESQ ni pada mahasiswa baru(aku jadi fasilitator).

Fasilitator diminta untuk turut sama dalam latihan ini.

Tahu tak diakhir latihan ni, aku menangis.Menangis mengenangkan kesilapan lama,menangis mengenangkan kekhilafan aku sebagai hambaNya dan macam-macam lagi.Serba salah, kesunyian perasaan bercampur baur.Entah kenapa.Tersentuh hati aku dengan apa yang diucapkan oleh Cik Safinah ketika itu.

Meleleh-leleh air mata.huhu.Bukan aku seorang je ok.Ramai lagi yang menangis.Ok la tu kan?Tak de la rasa pelik sangat.hehe.Sah cenggeng!

Jika diberi kesempatan, aku teringin nak sertai training ESQ ni tapi bayarannya aiseh agak berbaloi-baloi juga lah.Mahal kot.



Lagu tema ESQ, hayatilah makna yang ingin disampaikan :)





Note:Bagi yang tak tau, halaqah ni setiap malam Selasa, 10 malam

No comments:

Post a Comment