HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Monday, May 31, 2010

Budak Kecik

Budak kecik,nama senior aku panggil aku dulu masa dekat UPM.Sekarang, kawan-kawan sekolah aku pun cakap aku ni budak kecik.Weh! korang-korang aku dah besar lah.Betul tak tipu.Kenapa agaknya eh dorang ni panggil aku budak kecik?

Adakah saya berperangai seperti budak-budak?
Adakah cara berfikiran saya seperti budak kecik?
Adakah sebab aku tak suka nak dengar cerita karut lorang?
Adakah sebab aku seringkali tersenyum bila mendengar cerita kotor korang?

Aku selalu tertanya-tanya, persoalan yang belum lagi terjawab sehingga kini.Bunyi macam complicated je :p

Aku hanya menjadi diri aku sendiri.Itu yang lebih penting.Aku tak perlu berubah untuk jadi orang lain supaya diterima oleh orang sekeliling aku, cuma yang penting bagi aku, kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan.Tak perlu hipokrit, sebab segala penipuan or kepura-puraan tu hanya sementara je tak kekal lama.Lambat-laun orang akan tau juga bagaimana sifat kita sebenarnya.

Mia 2

Nak sampaikan berita sedih ni..Mia dah mati pagi tadi..hmm..Baru je kenal dia berapa hari, tak sangka lak umur Mia tak panjang...(T_T)

Sunday, May 30, 2010

Do Re Mi

Aku bukan nak ajar vokal kat sini ok?

Korang pernah tengok cerita Do Re Mi tak??Lakonan P.Ramlee sebagai Do, AR Tompel(Re) & Ibrahim Din(Mi). Aku dah tengok lebih seribu kali kot cerita tu(main hembus je..sebab aku rasa dah teramat banyak kali aku tengok..sampai skrip pun dah naik hafal dah),dan almaklum la sebab astro ni pun asyik ulang-ulang cerita yang sama je, sampai aku naik muntah dah, tapi dengan cerita ni aku tak rasa sebegitu.Walaupun dah banyak kali tengok, setiap kali part kisah hidup Do dan Re aku tetap ketawa terbahak.

Pak Bilal:Saya Pak Bilal, dengar cerita di sini ada orang mati?
Bapak Minah:Betul la tu, tapi orang mati dah hidup balik.

Dengan sekuat hati Pak Bilal lari bersama kuncu-kuncunya..Tunggang terbalik larian Pak Bilal..

Bapak Minah:Amboi, lajunya Pak Bilal lari...

Dulu masa gila kumpul VCD P.Ramlee masa zaman sekolah rendah agaknya kalau tak silap, asal part Pak Bilal ni aku ulang banyak-banyak kali.

Kisah hidup Re paling best, aku tengok tanpa perasaaan jemu.Even AR Tompel tak buat lawak pun, tengok dia je aku dah boleh gelak,kenapa ek??Itulah penangan bapak Adlin Aman Ramlie dalam cerita ni.

Kipas lipas, api bodoh, ahli mesyuarat tingkap, zorro buat aku gelak tak kering gusi,dan lebih menakjubkan, skrip-skripnya aku siap boleh ikut sepatah-sepatah.Ternyatalah aku masih muda...hehe..(ke perasaan muda??..no komen..)

Kami adik beradik jadi pengumpul VCD P.Ramlee, sekarang entah mana perginya koleksi tu pun aku tak tau.(VCD ini semua di pow daripada mama, sebab upah bila kami adik beradik pergi taekwando dulu..hehe..gila pemalas, nak pergi belajar taekwando pun mak aku kena bagi rasuah..gila kan??).Cerita P Ramlee tak luput ditelan zaman, itu yang boleh aku katakan.Dari dulu sampai sekarang aku masih ketawa dengan lawak-lawaknya.

Sinopsis:

Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Sejak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu.




Sebahagian dari Kisah Hidup Do



Sebahagian dari Kisah Hidup Re

Mia

Tadi aku jumpa Mia lagi, tapi macam kali pertama aku jumpa hari tu masa lepak dengan budak-budak SSI, dia masih bagi respon yang negatif terhadap aku..cis!Tak puas hati betul..Apa agaknya yang dia tak suka kat aku pun tak tau.Si HK cakap dia tak suka orang pakai 'gigi besi'..Kwang asam lu HK, de je kan nak kenakan aku.

Mia akan mengeluarkan suara berdesing(main hembus je..da tak tau nak describe macam mana..huhu) bila dia rasa tak selesa, bunyi tu gak la bila aku cuba nak merapatkan diri dengan dia.Merapatkan diri ala-ala menggoda(bongek tu..binatang kot..goda-goda tak jalan pn).Agaknya sebab aku tak biasa sangat jumpa Mia dia jadi tak selesa.If Yat(owner), Hamzah and EG(penjaga separuh masa), Mia tak ada masalah sangat.

Makanan untuk membela spesis seperti Mia ialah buah-buahan dan sayur-sayuran,tapi Mia ni lain sedikit.Dia makan macam-macam.Keropok, otak-otak pun dia hentam je.Ikut la apa tuannya bagi.Disebabkan kebiasaan terhadap makanan selain makanan semulajadinya, Mia dah tak lalu sangat makan sayur dan buah.Selera Mia dah macam manusia.Aku ini dah tertulis agak blur sedikit,bila dengan macam tu aku pelik la.Kalau bayi makan macam, sure sakit perutkan??then kalau Mia diberi makanan pelik, dia tak sakit perut ke??tak pun perut masuk angin ke?
"Yat, tak sakit ke perut Mia makan benda bukan-bukan?"

Pertanyaan aku, disambut dengan hilai ketawa oleh semua orang yang tengah makan. Nasib baik tak ada yang bersembur, kalau tak naya aku..huhu..Ada kena sumpah seranah konon wat lawak tak kena tempat.Itu soalan jujur dari aku ok wahai kawan-kawan..!Aku memang tak tahu, dan ingin tahu.Jawablah soalan saya sejujurnya(budak-budak ni kalau nampak aku blur ada je rencana jahat nak kenakan aku..memang siot..aku sula seorang-seorang nanti baru tahu..hehe..macam terrer je).

Mia bersama Bakulnya

Besarkan mata Mia?

Sesi bermanja Mia bersama mummynya

Mia ni bukanlah Mia Nasuha dalam cerita Adamaya yang menjadi kegilaan ramai di slot Akasia tu(penangan Adamaya memang gila, sehinggakan adik aku yang konon ganas tu pun jadi pengikut setia..tak tahan!), tetapi Mia ialah sejenis sugar glider atau dalam bahasa Melayunya tupai terbang.

Comelkan Mia??hmm..Aku tak takut dengan Mia tapi aku takut nak pegang sebab takut kena cakar dengan Mia macam Yat kena..huhu..tapi, tadi aku akhirnya kena juga pegang Mia sebab si Hamzah dah buat Mia terbang dan melekat kat tudung aku.Menjerit sopan sekejap aku..(sopan la konon!).Bongeknya Hamzah!Ada je nak idea nak kacau orang.

Mia nanti kita jumpa lagi yer, Mia jangan takut dengan kakak yer..!(orang lain gelar diri aunty & uncle, part aku gelar kakak..perasan muda..)

Mia ada seekor lagi kawan nama dia Tijah, tapi aku belum sempat bersua muka dengan Tijah lagi..hihi..


p/s:Ada orang tanya, kalau dia belikan spesis cam Mia aku nak jaga tak?Dengan jujurnya aku jawab, binatang aku tak pandai jaga sangat tapi kalau baby aku reti jaga,expert lg...keh..keh..sa kena cop miangkan?(rasa-rasa orang tu nak belikan tak untuk aku??)



Saturday, May 29, 2010

Bila Sayang

BILA KITA SYG ORG TU……
KITA TERIMA JE APA YG ORG TU KATA
TP BILA DIA KATA KITA?
HATI KATA TAKPE MANUSIA TAK PERFECT….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA TNGGU DIA LAME PN X PE
TP BILA DIA TNGGU KITA???DIA MRH2
HATI KATA ALA, ADATLAH ADA YANG
MENUNGGU N DTNGGU….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X TDO PN X PE LYN DIA YG NGAH BOSAN,
TP BILA KITA BOSAN, ADA DIA LYN KITA?
HATI KATA X PE DIA BUSY KOT…..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA GDH NGAN DIA, KITA DIAM JE
TP DIA HEBOH 1 DUNIA
HATI KATA X PE, DIA TENSION TU…..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA KOL NAK CKP NGAN DIA
TP DIA BG PHONE KAT ORG LEN
BILA JD CM2, X PE HATI KATA
X PE, LYN JE, KWN DIA, KWN KITA GAK….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA BERCERITA DGN DIA,IBARAT CRITA NGAN
TUNGGUL LG BAIK
TP BILA DIA BERCERITA NGAN KITA
KITA DGR, SEPATAH2 KITE INGT
HATI KATA X PE SYG LA KATAKN…
BILA KITA SYG ORG TU
KITA N DIA LAPAR
TP KITA BG SUME ROTI KITA KAT DIA
HATI KATA, ALA JAGALH HATI DIA, CIAN DIA…
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SANGGUP BG DIA REST BILA DIA LETIH,
TP BILA KITA LETIH, DIA SRH JUGAK
KITA LYN DIA BILA DIA BOSAN. ADIL KER?
HATI KATA, ALA BUKAN SELALU PUN..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA JADI CAM ORG GILA APBLA DENGAR DIA SAKIT,
TP BILA KITA SAKIT,
DIA SIAP KUAR NGAN KWN2 DIA
MERAIKAN HARI KESAKITAN KITA,
HATI KATA, ALA X PE, X KN DIA NAK
BERKEPIT NGAN KITA 24 JAM….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X PRNH PNTINGKAN DIRI SNDRI
TP DIA HPOKRIT THP NGABAN
HATI KATA X PE, DIA MMG CM2 KENE LAH TRIMA..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SYG NK TNGGLKN DIA SLAMA2NYA
TP DIA X TAHU KITA BERDPN DGN MAUT,
WLPN KITA SKT,DIA KATA KAT
KITA,SAKIT BESE2 JER, JGN NK MNGARUT
HATI KATA, CMNELAH DIA BILA KITA X DE, MSTI DIA HEPI
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X SNGGP TNGK DIA DERITA
TP DIA X PRNH HARGAI DIRI KITA,
HATI KATA, TAU X BTAPA KITA SYG KAN DIA????
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SNGGUP TNGGLKN DIA SELAMA2NYA
UNTK DIA BHGIA


TP ADAKAH DIA TAHU PNGRBANAN YG KITA LAKUKAN????
PK2KANLAH…=)


Ni lah situasi yang berlau apabila kita terlalu sayangkan seseorang.Adakalanya kita sampai sanggup lupa akan perasaaan kita sendiri..apa-apa pun dia..dia..dia..(hmm...). To be honest aku pun pernah merasai hidup sebegini (pengakuan ni..bukan selalu mengaku wat benda bodoh..).Berdasarkan pengalaman sendiri, jangan terlalu sayangkan seseorang, sayang diri kita dahulu, apa-apa pun fikirkan tentang perasaan kita dulu, then baru fikirkan orang lain.Kita tak kan berasa terlalu kecewa sekiranya sesuatu yang buruk berlaku antara kita dan pasangan kita.Sayang itu perlu berpada...ok?


p/s:Awk syg sy ke?


crdt to..:http://permatakehidupanku.blogspot.com/

Say no to salesperson!!

Kepada salesperson perempuan ke ?lelaki ke?separa2 ke?(ada ke?) di luar sana, aku merayu sangat-sangat pada kalian semua jangan lah dekati aku lagi..Aku merayu..Teramat sangat..!!!

Aku bukan tak mahu korang dekati aku, tapi hakikatnya aku ni kekurangan duit ok?hmmm..Aku ni dah la jenis yang tak sampai hati, walaupun tak menyakinkan pun korang punya presentation pada aku..Ini kerana aku lah insan-insan terpilih yang sukar untuk berkata TIDAK(terpilih ke?ke tak bernasib baik?).Jenis yang tak sampai hati mengecewakan orang.

Hari tu aku dah berjaya mengelak salesperson-salesperson ni mempengaruhi keputusan aku, dengan mengatakan TIDAK setiap kali orang-orang ni mendekati, sebelum dia buka mulut dan mengeluarkan ayat-ayat manis(ibarat nak mengayat awek tu), aku cakap TAK NAK..tak pun aku akan cakap,"Dah ada da kat, umah" terus tak tanya lagi pastu ada gak jenis yang tak paham bahasa akan tanya "Bila beli la,kat mana beli la?".Wei aku menipu ok??(tipu sunat tak apa kan?..setahu aku mana ada tipu sunat, menipu sure dapat dosa...sah2 la aku tambah lagi dosa kering..keh2..).

Tapi...tapi..sekarang ni kenapa hati aku terlalu lembut??ada je yang aku melabur pada mereka-mereka ni?Adeh..

Lain kali aku nak tampal je kat dahi..saya kekurangan duit..(chare tak??).

Nanti tak adalah salesman ni sibuk-sibuk nak mendekati aku lagi..kan?..kan?



Salesman not allowed






Thursday, May 27, 2010

Sensitif

Aku tak tau kenapa beberapa hari ni mood aku sangat lah sensitif..hmm..Cepat rasa marah, cepat rasa sedih..wah macam-macam perasaan la ada..

Ya Allah tebalkanlah tahap kesabaranku ini untuk menghadapi hari-hari akan datang..


Kadang-kala hal kecil pun boleh membuat aku rasa sedih, peliknya..!!
(Rasa tak adalah pelik sangat pun..kalau kawan-kawan baik aku sure dah kenal aku macam manakan?).Sikit-sikit sedih, sikit-sikit marah..haha..Tapi itulah hakikatnya seorang yang bernama Aidil Laily ni.

Hal-hal kecil pun aku terlalu fikirkan sampai jadi terlalu complicated.

Persoalan kenapa? dan mengapa? selalu je keluar dalam fikiran ni.Adeh letih...


Login FB dapat duit...




Pernah tak korang dengar ayat di atas tak pon pernah tak tengok gambar kat atas ni..Gila hebat login FB je dapat duit@sistem yang seangkatan dengannya..hm..terfikir-fikir gak ley jadi kaya kalo cam tu aku.Almaklum la aku ni kan hari-hari je depan PC online FB.Sure masyuknye la...huhu..kaya..kaya..Then, orang-orang yang join sistem log in FB dapat duit ni sure mempamerkan duit RM50, RM100 ringgit yang berkepuk-kepuk, betul tak?Tak caya cuba korang tengok sesiapa yang tagged korang mengenai Login FB dapat duit sure ada nye kan??betul tak kata aku??(sila angguk ok?).


Kak Iman & syiling 10 sen..


Tiba-tiba satu hari aku ternampak gambar di atas.Dalam hati tertanya-tanya,

"Eh, akak ni kenapa tiba-tiba tayang duit seposen lak kat fb ni.."


Dah la macam tu siap upload as profile picuture lagi..hmm..mesti ada something ni..jawapan kak iman ialah:

"haha aku nak kata wet syiling seposen ni lagi cute diupload di FB ni dari wet kertas yang berkepuk2"

Hahaha..aku dengar jawapan Kak Iman aku dah tergelak-gelak besar..Gila ah kak stylo lu punya idea..Sure tersedak orang-orang ni baca kan?Tak terfikir pun idea-idea macam tu sebelum ni, sebab aku pun sama bosan dengan dia bila orang asyik tagged aku dengan benda-benda macam ni.Eh, korang tau tak macam mana pusingan duit tu??macam mencuri duit orang secara senyap..hmm..halal ke?Lu fikirlah sendiri..hmm.

Sekarang orang mana kisah soal halal ke haram asal dapat duit je semua dia sapu bersih. Kalau judi sah-sah dalam Al-Quran dah nyatakan keharamannya secara jelas tetapi sistem-sistem macam ni tak ada kan??Sebab tu orang buat nampak tak nampak je isu halal or haram sistem sedemikian.Untuk maklumat lanjut, sila lah pergi sendiri link di bawah yer..

Cikgu Muda

Tiba-tiba je terasa nak cerita tentang kawan aku seorang ni.Pengalaman dia menjadi cikgu membuatkan aku berkata dalam hati "Huh lecehnya jadi cikgu".Kawan aku cakap, cikgu kerjanya mengajar tapi masih ada kerja-kerja sampingan lagi, cikgu la merangkap kerani, cikgu la merangkap bendahari(kutip yuran..bab-bab kutip duit ni memang payah dia cakap kadang dah sampai tahap mengemis dah..student wat bangang@bodoh je..), tu belum jadi penasihat persatuan itu ini.Gaji memang la banyak berbanding aku, tapi komitmen yang dia kena bagi pun banyak gak, setimpal la dengan gaji ye tak?

Bagi aku dulu, profession guru ni sangat dihormati, tanpa guru@cikgu aku tak akan sampai ke tahap ini.Aku bukanlah dilahirkan pintar aku perlu berusaha keras untuk mencapai ke tahap yang aku ada sekarang ni(almaklum la..aku ni lampi a.k.a lambat pick-up sket..kena terang elok-elok sampai aku paham baru aku boleh nak serap).Itulah aku, sebab tu aku betul-betul hargai profession guru ni,mereka yang banyak menberi impak dalam kehidupan aku selain keluarga aku dan kawan-kawan aku.

Itu aku, sekarang ni aku tak tau macam mana.Aku rasa pelajar dah kurang menghormati guru.Ini berdasarkan cerita kawan aku,dengan cikgu pun nak buat musuh, perangai jangan diceritalah..Nauzubillah..Mungkin sekolah yang dia mengajar bukan sekolah premier macam sekolah aku dulu tapi kenyataannya perangai anak-anak murid dia aku sangat-sangat tak boleh terima.Rasa hormat dengan guru langsung dah tak ada, aku tak tau la berkat ke tak ilmu tu.Macam-macam dia buat untuk mengajar budak-budak tahap lembap yang amat-amat ni(dia dapat kena mengajar sains & math kepada kelas ke-2 terakhir...bayangkan ke'lembab'an nyaris-nyaris tahap maksimum.


"Dol,pe aku nak buat dengan student aku ni, dah tak tau macam mana nak ajar lagi lembab sangat, ko ada idea apa-apa tak"

Aidil Laily dah jadi Dol..hehe..tu bahasa aku dengan dia je(baru rock sikitkan?).Jawapan aku mudah je..

"Wei wat kerja ko sebaiknya, absorb tak absorb tu belakang kira ok?Sebab yang berhak nak tentukan masa depan student tu, student tu sendiri, kau tak boleh paksa-paksa diorang"

Eh lagi satu, ada ke aku suruh dia bagi kismis doa kat dorang.Aku rasa macam lawak pun ada gak,punya la baik kawan aku ni pun bagi kismis doa kat budak-budak ni.Itu antara inisiatif dia sendiri nak tengok anak murid dia jadi orang, senang terima pelajaran.Ok la kan?Dari certain cikgu yang langsung tak usaha.Asal dapat kelas belakang je, ajar sambil lewa sebab mereka awal-awal dah setting dalam otak budak-budak ni tak kan berjaya sebab bebal, bodoh, lembap..Hakikatnya, cikgu tu yang tak guna(emosional sikit..).Kau tak usaha, awal-awal dah surrender. Mereka bukan tak ada masa depan, cuma korang cikgu yang bebal ni dah gelapkan masa depan mereka.Korang masuk kelas ajar sambil lewa dan kadang-kadang ada yang tak masuk kelas pun, then what you expect from your student?, nak jadi pandai dengan sendirinya?hah?da tentu tak beb sebab tu la diorang bebal sama bebal macam lu ok?

Bila orang cakap gaji cikgu tinggi semua pakat-pakat nak ambil DPLI la KPLI la, tapi hakikatnya mereka ini cuma berminat dengan gaji je bukan profession perguruan tu sendiri, ini lah punca sebenar kenapa ada guru yang sanggup rogol student, hisap dadah..(patut jadi teladan pada pelajar ni cikgu sendiri macam setan),sebab mereka tak berminat pada profession perguruan lantas..(wah..skema siot), tak ada rasa hormat langsung pada profesion ni, tapi bab gaji kau memang suka kan???

Wah aku rasa dah menyimpang gila ni..:)

Aku ni memang emosi...hahahaha..

p/s:kepada sesiapa yang konon2nya berminat untuk jadi cikgu tu, fikirkanlah baik-baik yer..gaji besar, tanggugjawab besar..tolong jangan meletakkan profession guru ni di tempat yang tak sepatutnya.Jadilah contoh teladan terbaik kepada anak-anak murid anda :)




Close Friends → Crush → Relationship → True Love ♥ .

Berdasarkan tajuk post kat atas ni ada 4 peringkat sebelum kita menemui cinta sejati(true love).Aku dah sampai peringkat mana ek?Relationship tu belum lagi, sebab tu la I maintain single and available ok?.Kebiasaannya aku hanya sampai peringkat kedua je..hehe..cinta tak kesampaian..(kesiankan?).Eh, tapi tak pe lah,setakat tak ada Chenta Hati aku masih boleh teruskan hidup sebabnya apa-apa pun aku dikelilingi oleh orang-orang yang sayangkan aku,famili aku,dan kawan-kawan aku,tak kira jauh dan dekat :) (macam banyak je kawan-kawan aku..hehe..).Aku berserah semua pada takdir, kalau ada jodoh aku adalah,maka berkahwin lah anak Pak Rahman ni, kalau tidak jadi andartu lah alamatnya..(tiba teringat cerita Andartu Terlampau..21 Hari Mencari Cinta), minta-minta dijauhkan.Amin.

Hakikatnya, aku tak rasa ia satu keperluaan dalam hidup tetapi jika ada ia melengkapkan hidupkan?Sebabnya,dah hampir 24 tahun sebagai seorang yang bernama Aidil Laily ni, aku hanya sekali menerima seseorang dalam hidupku secara official, tetapi jodoh tak panjang.Allah dah tentukan aku bersama dia setakat 4 bulan je.Dia pun dah jumpa chenta hati baru.Aku doakan semoga dia berbahagia selalu :)

"Ala bukan orang tak nak, awak tu yang memilih sangat"

Kebiasaanya, bila aku cakap aku tak ada bf orang akan membalas dengan pernyataan di atas.Sekarang aku nak tanya, salah ke kalau kita memilih?Aku memilih bukan terlalu sempurna cukuplah orang yang :
  • Boleh mengembirakan aku,
  • Bersedia menerima baik buruk nya aku (almaklum baik aku ni da la sikit je, buruk yang banyak...ngeh2..harap bersabar)
  • Boleh membimbing aku pada jalanNya,
  • Berpendidikan atau berilmu tak kisahlah apa pun diploma, degree..(asalkan dia tak rasa jurang antara aku dan dia nanti),
  • Orang yang berusaha :) .
  • Tak perlu hensem cukuplah sedap mata memandang (kalau dah nak tengok pun menyampah apa lg la nak hidup sebagai suami isteri kan?..huhu).
  • Tak perlu kaya (tapi perlu lah ada simpanan sikit..kalau nak kahwin pun mintak duit mak, ayah or bakal isteri..baik la wa lari pecut ala2 Watson Nyambek..sebab aku rasa kat situ dah tak de rasa tanggugjawab kn..kn?)
  • Penyayang
  • Memahami
  • Bukan orang yang panas baran (silap sikit kaki tangan naik kat muka..payah2..aku dah la sama2 baran takut aku tiba-tiba kena cop isteri derhaka lak, sebab penangan aku ni pun ley tahan hebatnye..keh..keh..x caya tanya adik aku?dia da pernah kena dulu..)
  • Bertanggungjawab
  • dan semua ciri-ciri yang orang lain nak kan sebagai suami mereka aku pun nak juga..
Aku tak list out secara details apa ciri-ciri yang aku cari sebab tu masa nak tulis post ni baru terkial-kial fikir.Al-kisahnya sebab aku belum fikir ke peringkat tu lagi, menuju ke alam perkahwinan.Aku kan masih muda...huhu..cuma kadang-kadang bila satu persatu kad kahwin kawan-kawan aku sampai terasa sempit sekejap la hidup, tapi saya masih ok.Maintain seperti dulu,wat pe la nak gelabah sangatkan?(budget cool la sgt..haha).Mama aku siap risik kat Cik Nah (jiran aku walaupun da seusia macam mama aku tp dia masih boleh layan perangai gila-gila aku), aku dah ada bf ke belum..aiyok!!

p/s:Salah ke aku masih single dalam usia 24 ni?



Wednesday, May 26, 2010

Mamat Sensitif...

Ada lelaki touching sebab aku terlepas cakap bodoh semalam.Aku bukan sengaja Ok?Harap memahami.Dah kau yang lambat naikkan palang tu kenapa?Bila aku dah reverse tekan button untuk ambil tiket, molek je palang tu kau naikkan.Aku ni cepat naik angin lagi-lagi la time kritikal macam sekarang ni(aku rasa korang sure pahamkan?), lagi la..mendadak je aku punya kemarahan.

Molek je aku nak keluar tadi dia berhentikan aku. Dia cakap, "Lain kali if aku lambat angkat palang tu, ko ambil je tiket, tak payah membodohkan orang".Erk, bila masa lak aku cakap macam tu??(fikir punya fikir masa on the way balik aku baru teringat kejadian semalam).Wei aku dah nak ambil tiket ok waktu tu.Siap bersusah payah reverse lagi tau, dah la ada kereta kat belakang mahunya aku tak menyirap.Nasib baik aku keluar perkataan bodoh je ok?nasib perkataan lain tak keluar.Kalau dah keluar sure kau dah tak nak pandang dah muka aku nanti..hehe..perkataan tak sepatutnya hanya akan keluar bila aku memandu seorang2..time ada pemandu yang cam harem wujud..jangan kata bodoh, b**i pun ada sekali.Aku rasa sejak jadi pemandu ni mulut aku makin lancang gila..huhu..adakah patut untuk aku berhenti memandu supaya mulutku kembali sopan seperti dulu..haha..(sopan la sangatkan?).

Kenapa eyh dia nak touching dengan aku pulak?Setakat bodoh tu aku rasa kawan-kawan dia dah berbakul-bakul cakap cam tu kat dia kot.Kebiasaan percakapan zaman sekarang pun selalu membodoh-bodohkan orang contohnya:

"Kau nak pergi mana doh?"

Doh tu dah tentu-tentu singkataan kepada perkataan bodoh. Aku rasa macam nak tanya je mamat tu tak biasa dibodohkan ke?Aku ni pun selalu je kena, tapi tak ada la touching cam tu tau..auww!Sensitif rupanya cik abang yer. Lain kali saya tak buat lagi ok?Tolong la, aku memang tau kau manusia biasa, aku pun sama ada hati dan perasaan.Mungkin masa aku cakap tu dia tengah gaduh besar dengan gf dia kot, tu yang sentap habis.hmm.Apa yang patut aku buat ek?da la tiap-tiap hari mengadap muka dia..huhu..malu seyh(tu lah kau mulut celupar sangat padan muka.., tp aku rasa kalau orang lain jadi aku pun akan mencarut gak,ini bagi orang yang tahap kesabaran nipis macam aku la..).

Ada kawan aku cadangkan suruh minta maaf..hmm..akan difikirkan...tp...(bertapi-tapi lak).Tapi macam mana aku nak minta maaf tu???aiseymen..

"Eh, aku minta maaf aku tak sengaja hari tu"

Ok x?atau pun aku bagi kad je mintak maaf..huhu..idea..(cara dah macam nak pujuk sang kekasih lak..ada ke patut?). Patut ke tidak aku rasa aku perlu minta maaf.Aku salah(mengaku je kesalahan).


Pengajaran kali ini, mulut tu lain kali jaga-jaga sikit..(Dulu mak aku dah pesan tapi aku dah lupa..almaklum diriku ini semakin menginjak usia..skema gle ayat)

Tuesday, May 25, 2010

Minggu ni Mama Balik...

me & mama


Minggu ni Mama Balik...yeah..yeah..(gaya bebudak excited bila mak & ayah dia balik kerja..haha..layanzz..).Kenapalah aku ini?isk..isk..

Super dupper excited, sebabnya mama aku dah 2 minggu tak balik rumah.Last jumpa masa aku pergi KL hari tu.Pada kawan-kawan rapat aku tau la kenapa mama aku jauh sangat dari aku, kepada yang baru kenal aku, sekarang aku bgtau kamu2 semua(bahasa terskema la plak..).Mama aku sekarang ni bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia, kat Putrjaya.Dulu masa aku belajar, akulah yang terusung2 beg balik ke hostel tak sangka pula sekarang ni giliran mama lak..hehe..tp mama aku tak lah tinggal kat hostel pn..(hostel sesuai ke ma?...)

Mungkin ada hikmahnya mama pergi sana :)

Sebabnya sekarang ni aku dah mula berdikari,basuh baju sendiri,melipat baju(kecik ke besar..sume wa sapu),mengemas rumah dan macam-macam lagi.Dulu, masa ada mama aku wat sepi je semua tu.huhu..(amaran kepada sesiapa yg akan kahwin dgn saya suatu hari nanti, saya ni pemalas sikit..haha..sikit ke?), dan paling menakjubkan aku dah boleh la memasak..hehe..Bagi orang lain yang dah umur 24 tahun, sure dah expert gila memasak..tp aku masih merangkak-rangkak lagi.Alasan aku dulu bila orang suruh belajar masak, aku akan cakap "ala..nanti-nantilah orang lum nak kawin lagi..t da nak kawin orang belajar la..tkt lupa step t.."(kalau da pemalas tu pemalas gak..tak ley nak kata apa kan?).


Mama oh mama...nanti balik kita nak pergi mana ey?mama dah gaji kan?hehe..Aku apa-apa aku nak beli pun kena ada mama.Aku jarang shopping dengan orang lain.Kalau setakat t-shirt ok lah beli sendiri tapi macam kasut or hand bag ke i need my mom as my advisor..hehe..:)

Saya sayang mama saya :)




Renungan...

Post ni bukanlah luahan hatiku ok?Aku just shared apa yang pernah aku baca...


Kepada yang masih
SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI... Sakit... luka.. patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

p/s:Janganlah terlalu taksub dengan cinta anda.Bila putus cinta seolah-olah tiada esok bagimu.Cinta bukan untuk melemahkan seseorang, anggaplah ia sebagai pengalaman berharga anda.Ingatlah, anda masih ada Allah,keluarga dan teman-teman yang masih sayangkan anda.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Kuatkan hati untuk menghadapi hari-hari akan datang.

Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan Lyric – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Suka gila aku dengan lagu ni.macam bermakna gila, sebabnya ada kene mengena dengan kisah lama. Kebahagiaan dalam perpisahan.Anggap apa yang berlaku tu sudah ketentuannya.Kalau ada dah Tuhan kata jodoh kita sekejap je terima je la(aku bab ckp2 memang pandai..dah kena batang hidung sendiri baru tau cam ne..cari syahirah la, suhaila la,inzah la..hmm..).

Apa-apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan.Single and still available, aku lebih suka hidup cam ni..:)

Aktviti di Hari Minggu :)

Minggu ni boleh dikatakan aku sangat-sangat letih..Letih yang teramat sgt..huhu..sebabnya aku tak boleh nak tidur lena..haish..kenapa ek?hmm..kadang-kadang ada benda remeh yang aku fikirkan sehingga tidur aku terganggu.Itu lah aku.Sesiapa yang dah lama kenal aku, akan tau perangai negatif aku yang satu ni.Kadang-kala, dalam mimpi pun boleh berfikir..adooi..terasa beratnya masalah.

Kenapa saya penat??
  • sy fikirkan pasal masalah
  • tidur tak cukup sehari tidur dalam 3 jam je..
  • minggu jalan2 sedunia..hehe..

Apa masalah saya??
  • ada orang merajuk dgn saya(da x tau nk pujuk cm ne..tolong2)
  • masalah dgn komitmen(komitmen pe?perlu dirahsiakan..haha)
  • kewangan(nak tunggu akhir bulan duit makin laju je mengalir keluar..adeh)

Ke mana saya pergi berjalan?
22hb
  • pergi hospital..(tengok ayah kwn saya sakit..dah cm pelawat setia dah aku..huhu..)
  • pergi HP teman iqa (sepupu) cari hadiah untuk bakal kakak ipar dia (kahwin semalam)
  • pergi Danga Bay (membuang masa, nk tengok matahari terbenam kononnye..haha..sampai2 memang dah terbenam pun)
  • keesokan hari, pergi kenduri kahwin
23hb
  • teman iqa pergi kenduri kahwin..
  • ke rumah suhaiza (iza) kt Seri Alam(ada makan2, agaknya ada orang dtg merisik kot..saya ni bila lagi?)-rombongan bersama HK & pasangannya , Ghazi & pasangan
  • ke Jusco Tebrau, jumpa kawan iqa :) Sempat tolong wan pilihkan birthday card & wrapping paper (hadiah untuk gf dia agaknya,bersinar2 muka wan masa tunggu pekerja jusco bungkuskan hadiah..sah2 someone special tapi masih nak menafikan...huh)
Ya Allah terasa sangat-sangat penat 2 hari tu, pandu kereta pun dalam keadaan mengantuk gila..nasib baik tak ada apa-apa terjadi..eyh..ada..ada..saya terlanggar divider jalan masa nak cari tempat parking kat SKI (Sek.Kanak2 Istimewa)-ada karnival apa ntah..aku dah lupa..
harap2 ayah aku tak perasaan..huhu..(Syhh..iqa ni rahsia kita tau..hehe).


P.S.:Hari tu ada org ckp 'cinta tu kejam',baru-baru ni dengar lak 'dunia ni kejam'.Then apa pulak yang kejam lepas ni..??
















Friday, May 21, 2010

Compound Interest

Ada orang cakap aku dah gatal sebab asyik berbicara tentang cinta..cinta itu,cinta ini bak kata orang sana sini cinta..hehe..(merepek yang amat..tolonglahh..)

Entry ni khas untuk semua, aku just nak share sedikit information tentang compound interest :) Bagi orang yang tidak dilahirkan kaya mungkin dulu memang susah untuk kita bergelar jutawan tapi dengan cara ini mungkin anda boleh dapat title jutawan tu tapi amik masa, tunggu sampai anda pencen..hehe :)

Ini simpanan untuk jangka masa panjang selepas bersara. Aku dapat artikel ni dari email yang Irfan Khairi, aku harap ia bermanfaaat untuk semua.Kalau ada yang tak paham apa itu unit amanah nanti kemukakan pertanyaan k?InsyaAllah aku akan berusaha membantu.



Compound interest- senjata jutawan


Sering saya ditanya "Apakah rahsia untuk menjadi kaya?". Apa satu
perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi
jutawan?

Zinnirah07(ini saya la..hehe), jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia
oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa
kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya... tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran...

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam
tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let's face it... RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya
dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa
kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah "the greatest invention of all time".

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompoun interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan
minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa
mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi
pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada
umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!


Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun...

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh... tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

Cinta itu Kejam!!!

Huhu..bab cinta pulak hari ni ok?but exactly not about my love experience, orang lain punya kisah la..sbb..(bersebab lak kan?)..kisah cinta saya terlalu rahsia..hehe..:)
ala lagi pun cinta tak ada dalam hidup saya buat masa ini..itu lebih tepat..

Berbalik kepada quote di atas sana, "Cinta itu Kejam" aku tak rasa cinta itu kejam tapi orang-orang yang bercinta itulah yang kejam sebenarnya. Cinta tak salah tetapi mereka-mereka tu yang salah. Cinta tak pernah menipu tetapi orang yang bercinta tu yang menipu, cinta tak pernah megecewakan kita sebaliknya orang yang bercinta yang buat mengecewakan kita.Eh,cakap macam pro je kononnya..hehe..ilmu aku dalam percintaan ni sikit je bak kata si pejal a.k.a HK~hantu kurus..ini nama yang aku bagi dekat dia, ilmu aku ibarat secebis roti je..tak boleh banding dengan dia..kononnya..almaklum la dia bercinta dah bertukar ganti,sampai tak terkira dengan jarikan HK?(kalau bagi jari kaki aku dengan tangan pun rasa tak cukup..keh2)tak la macam aku ini asyik cinta tak kesampaian je..haha..tentu-tentulah dia lebih pro..tettt..(takut nanti kene marah dengan HK memanjang sentap je mamat tu).

Kata-kata tu aku ternampak semalam kat komen facebook seseorang..mamat tu bkn men sentap lagi..(putus cinta lagi gamaknya).Ada yang menarik untuk dikisahkan mengenai dia, aku tak kenal dia siapa tapi status-status dia semasa putus cinta yang lama buat aku excited nak tau pe kesudahan cinta mamat ni (kita panggil dia B je k..B for Bola,B for Boy..haha).

B telah menemui cinta baru 3 minggu lepas kalau tak silap aku, chenta dia yang baru aku tak kenal dan baru menemui nokhtah semalam(agak-agak aku la..sebab tu dia tukar relationship status dia dari engaged to single).Sebelum ada cinta yang baru status B selalunya macam orang gila talak gamaknya, aku tak pernah jumpa lagi lelaki yang begitu taksub dengan cinta macam dia.Apa-apa yang terjadi dia tetap setia dengan cinta dia,hanya dia lah di hati tak ada siapa dapat mengganti(hadoi..tu time sebelum jumpa cinta baru la..bagai nak rak meratap kadang-kadang).Terfikir kenapa manusia macam tu ek?(Aku ni pandai je cakap orang..haha..tp sebenarnya aku cm tu juga..perhatikan tiap2 status aku mungkin anda akan perasan sesuatu..tp tak la taksub mana ok..bak kata orang muda..suam2 je ok?). Konon tak kan lupakan cinta lama, tapi tup..tup..eyh dah jumpa yang baru..senyap terus..sebab sebelum ni aku ada nasihat dia bak kaunselor yang tak bertauliah.."udah,udah la tu..tak guna nak tunggu yang lama..kalau kita sayang dia,lepaskan dia doakan dia bahagia..:)".Aku boleh bagi nasihat sebab aku pernah mengalaminya(sebab tu la cam pro je..keh..) but he still refused nak terima pendapat aku tetap dengan cinta lama lagi.Time tu dan saat tu aku letak dalam diri nak tahu apa kesudahan si B ni, sampai bila dia sanggup tunggu buah yang tak jatuh-jatuh tu org mungkin da jatuh pada orang lain..hehe..(Ya Allah jahat gila aku ni..insap2 jap).Rupa-rupanya dalam tak nak,tak nak lupa dia tiba-tiba bercinta dengan someone else..huhu..(mesti korang pelik mana aku tau cerita ni kan?..I ni stalked page org..eh..eh..bukan2..gurau je..ala sbb dia da bersayang-sayang dengan someone dalam komen sure la i tau,hati dia da de bunga baru@chenta baru..terrerkn?..layankan je k..), tapi cinta yang dibina selama 3 minggu baru, pucuk pun tak tumbuh lagi dah mati di tengah jalan..:( Dik tak dapat akak nak tolong, kesian-kesian gak tapi tak ada apa yang saya boleh tolong melainkan tolong tengokkan apa yang jadi seterusnya..(bapak..kata td da insap..ni cm x insap lg..huahua..jht!!!!!)

Buat si B teruskan hidup yer.Janganlah terlalu taksub dengan cinta.Manusia diciptakan Allah berpasangan maybe dia bukan terbaik untuk kau, sebab tu putus kat tengah jalan..Jangan sekali-sekali ulang yang "Cinta itu Kejam", cinta bukan manusia, manusia yang membunuh sebab cinta, manusia yang menipu sebab cinta, kenapa CINTA mesti dipersalahkan dalam hal ini.Tak adilkan?Manusia yang berakal yang menentukan semuanya, mungkin kesalahan di pihak kamu, perbetulkan :).Sekali silap itu pengalaman, tapi if silap untuk kali kedua itu ke'BODOH'an..