HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Thursday, May 27, 2010

Cikgu Muda

Tiba-tiba je terasa nak cerita tentang kawan aku seorang ni.Pengalaman dia menjadi cikgu membuatkan aku berkata dalam hati "Huh lecehnya jadi cikgu".Kawan aku cakap, cikgu kerjanya mengajar tapi masih ada kerja-kerja sampingan lagi, cikgu la merangkap kerani, cikgu la merangkap bendahari(kutip yuran..bab-bab kutip duit ni memang payah dia cakap kadang dah sampai tahap mengemis dah..student wat bangang@bodoh je..), tu belum jadi penasihat persatuan itu ini.Gaji memang la banyak berbanding aku, tapi komitmen yang dia kena bagi pun banyak gak, setimpal la dengan gaji ye tak?

Bagi aku dulu, profession guru ni sangat dihormati, tanpa guru@cikgu aku tak akan sampai ke tahap ini.Aku bukanlah dilahirkan pintar aku perlu berusaha keras untuk mencapai ke tahap yang aku ada sekarang ni(almaklum la..aku ni lampi a.k.a lambat pick-up sket..kena terang elok-elok sampai aku paham baru aku boleh nak serap).Itulah aku, sebab tu aku betul-betul hargai profession guru ni,mereka yang banyak menberi impak dalam kehidupan aku selain keluarga aku dan kawan-kawan aku.

Itu aku, sekarang ni aku tak tau macam mana.Aku rasa pelajar dah kurang menghormati guru.Ini berdasarkan cerita kawan aku,dengan cikgu pun nak buat musuh, perangai jangan diceritalah..Nauzubillah..Mungkin sekolah yang dia mengajar bukan sekolah premier macam sekolah aku dulu tapi kenyataannya perangai anak-anak murid dia aku sangat-sangat tak boleh terima.Rasa hormat dengan guru langsung dah tak ada, aku tak tau la berkat ke tak ilmu tu.Macam-macam dia buat untuk mengajar budak-budak tahap lembap yang amat-amat ni(dia dapat kena mengajar sains & math kepada kelas ke-2 terakhir...bayangkan ke'lembab'an nyaris-nyaris tahap maksimum.


"Dol,pe aku nak buat dengan student aku ni, dah tak tau macam mana nak ajar lagi lembab sangat, ko ada idea apa-apa tak"

Aidil Laily dah jadi Dol..hehe..tu bahasa aku dengan dia je(baru rock sikitkan?).Jawapan aku mudah je..

"Wei wat kerja ko sebaiknya, absorb tak absorb tu belakang kira ok?Sebab yang berhak nak tentukan masa depan student tu, student tu sendiri, kau tak boleh paksa-paksa diorang"

Eh lagi satu, ada ke aku suruh dia bagi kismis doa kat dorang.Aku rasa macam lawak pun ada gak,punya la baik kawan aku ni pun bagi kismis doa kat budak-budak ni.Itu antara inisiatif dia sendiri nak tengok anak murid dia jadi orang, senang terima pelajaran.Ok la kan?Dari certain cikgu yang langsung tak usaha.Asal dapat kelas belakang je, ajar sambil lewa sebab mereka awal-awal dah setting dalam otak budak-budak ni tak kan berjaya sebab bebal, bodoh, lembap..Hakikatnya, cikgu tu yang tak guna(emosional sikit..).Kau tak usaha, awal-awal dah surrender. Mereka bukan tak ada masa depan, cuma korang cikgu yang bebal ni dah gelapkan masa depan mereka.Korang masuk kelas ajar sambil lewa dan kadang-kadang ada yang tak masuk kelas pun, then what you expect from your student?, nak jadi pandai dengan sendirinya?hah?da tentu tak beb sebab tu la diorang bebal sama bebal macam lu ok?

Bila orang cakap gaji cikgu tinggi semua pakat-pakat nak ambil DPLI la KPLI la, tapi hakikatnya mereka ini cuma berminat dengan gaji je bukan profession perguruan tu sendiri, ini lah punca sebenar kenapa ada guru yang sanggup rogol student, hisap dadah..(patut jadi teladan pada pelajar ni cikgu sendiri macam setan),sebab mereka tak berminat pada profession perguruan lantas..(wah..skema siot), tak ada rasa hormat langsung pada profesion ni, tapi bab gaji kau memang suka kan???

Wah aku rasa dah menyimpang gila ni..:)

Aku ni memang emosi...hahahaha..

p/s:kepada sesiapa yang konon2nya berminat untuk jadi cikgu tu, fikirkanlah baik-baik yer..gaji besar, tanggugjawab besar..tolong jangan meletakkan profession guru ni di tempat yang tak sepatutnya.Jadilah contoh teladan terbaik kepada anak-anak murid anda :)




3 comments:

  1. banyak pendapat anda yang saya setuju!

    ReplyDelete
  2. btol la kot...org skrg pk duet lebih penting...sebab sume pkara perlukan duet...so lg besar nilai, lg membuatkn ramai yg tersenyum...tp tanggungjwb sbgai guru pon beso gak...so kena la pk kn... (amar)

    ReplyDelete
  3. balqis:itu hanya pendapat peribadi saya sahaja..:)

    amar:mmg duit penting..tp dr segi tanggujawab sbg guru tu penting gak..kalau dapat gaji tp keje sambil lewa cm ne tu?duit dia dapat tu duit ape?

    ReplyDelete