HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Wednesday, May 26, 2010

Mamat Sensitif...

Ada lelaki touching sebab aku terlepas cakap bodoh semalam.Aku bukan sengaja Ok?Harap memahami.Dah kau yang lambat naikkan palang tu kenapa?Bila aku dah reverse tekan button untuk ambil tiket, molek je palang tu kau naikkan.Aku ni cepat naik angin lagi-lagi la time kritikal macam sekarang ni(aku rasa korang sure pahamkan?), lagi la..mendadak je aku punya kemarahan.

Molek je aku nak keluar tadi dia berhentikan aku. Dia cakap, "Lain kali if aku lambat angkat palang tu, ko ambil je tiket, tak payah membodohkan orang".Erk, bila masa lak aku cakap macam tu??(fikir punya fikir masa on the way balik aku baru teringat kejadian semalam).Wei aku dah nak ambil tiket ok waktu tu.Siap bersusah payah reverse lagi tau, dah la ada kereta kat belakang mahunya aku tak menyirap.Nasib baik aku keluar perkataan bodoh je ok?nasib perkataan lain tak keluar.Kalau dah keluar sure kau dah tak nak pandang dah muka aku nanti..hehe..perkataan tak sepatutnya hanya akan keluar bila aku memandu seorang2..time ada pemandu yang cam harem wujud..jangan kata bodoh, b**i pun ada sekali.Aku rasa sejak jadi pemandu ni mulut aku makin lancang gila..huhu..adakah patut untuk aku berhenti memandu supaya mulutku kembali sopan seperti dulu..haha..(sopan la sangatkan?).

Kenapa eyh dia nak touching dengan aku pulak?Setakat bodoh tu aku rasa kawan-kawan dia dah berbakul-bakul cakap cam tu kat dia kot.Kebiasaan percakapan zaman sekarang pun selalu membodoh-bodohkan orang contohnya:

"Kau nak pergi mana doh?"

Doh tu dah tentu-tentu singkataan kepada perkataan bodoh. Aku rasa macam nak tanya je mamat tu tak biasa dibodohkan ke?Aku ni pun selalu je kena, tapi tak ada la touching cam tu tau..auww!Sensitif rupanya cik abang yer. Lain kali saya tak buat lagi ok?Tolong la, aku memang tau kau manusia biasa, aku pun sama ada hati dan perasaan.Mungkin masa aku cakap tu dia tengah gaduh besar dengan gf dia kot, tu yang sentap habis.hmm.Apa yang patut aku buat ek?da la tiap-tiap hari mengadap muka dia..huhu..malu seyh(tu lah kau mulut celupar sangat padan muka.., tp aku rasa kalau orang lain jadi aku pun akan mencarut gak,ini bagi orang yang tahap kesabaran nipis macam aku la..).

Ada kawan aku cadangkan suruh minta maaf..hmm..akan difikirkan...tp...(bertapi-tapi lak).Tapi macam mana aku nak minta maaf tu???aiseymen..

"Eh, aku minta maaf aku tak sengaja hari tu"

Ok x?atau pun aku bagi kad je mintak maaf..huhu..idea..(cara dah macam nak pujuk sang kekasih lak..ada ke patut?). Patut ke tidak aku rasa aku perlu minta maaf.Aku salah(mengaku je kesalahan).


Pengajaran kali ini, mulut tu lain kali jaga-jaga sikit..(Dulu mak aku dah pesan tapi aku dah lupa..almaklum diriku ini semakin menginjak usia..skema gle ayat)

2 comments:

  1. weeee....aku x xckp pegi mane doh...aku ckp gi mane dow...dow for downy....hehehe

    ReplyDelete
  2. alala..kalis lak..tp kenyataan nya, skrg mmg org selalu mbodohkan orang lain kan?
    tp npe la mamat yg bg aku muka ganas nk sentap dgn aku!

    ReplyDelete