HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Thursday, May 27, 2010

Close Friends → Crush → Relationship → True Love ♥ .

Berdasarkan tajuk post kat atas ni ada 4 peringkat sebelum kita menemui cinta sejati(true love).Aku dah sampai peringkat mana ek?Relationship tu belum lagi, sebab tu la I maintain single and available ok?.Kebiasaannya aku hanya sampai peringkat kedua je..hehe..cinta tak kesampaian..(kesiankan?).Eh, tapi tak pe lah,setakat tak ada Chenta Hati aku masih boleh teruskan hidup sebabnya apa-apa pun aku dikelilingi oleh orang-orang yang sayangkan aku,famili aku,dan kawan-kawan aku,tak kira jauh dan dekat :) (macam banyak je kawan-kawan aku..hehe..).Aku berserah semua pada takdir, kalau ada jodoh aku adalah,maka berkahwin lah anak Pak Rahman ni, kalau tidak jadi andartu lah alamatnya..(tiba teringat cerita Andartu Terlampau..21 Hari Mencari Cinta), minta-minta dijauhkan.Amin.

Hakikatnya, aku tak rasa ia satu keperluaan dalam hidup tetapi jika ada ia melengkapkan hidupkan?Sebabnya,dah hampir 24 tahun sebagai seorang yang bernama Aidil Laily ni, aku hanya sekali menerima seseorang dalam hidupku secara official, tetapi jodoh tak panjang.Allah dah tentukan aku bersama dia setakat 4 bulan je.Dia pun dah jumpa chenta hati baru.Aku doakan semoga dia berbahagia selalu :)

"Ala bukan orang tak nak, awak tu yang memilih sangat"

Kebiasaanya, bila aku cakap aku tak ada bf orang akan membalas dengan pernyataan di atas.Sekarang aku nak tanya, salah ke kalau kita memilih?Aku memilih bukan terlalu sempurna cukuplah orang yang :
  • Boleh mengembirakan aku,
  • Bersedia menerima baik buruk nya aku (almaklum baik aku ni da la sikit je, buruk yang banyak...ngeh2..harap bersabar)
  • Boleh membimbing aku pada jalanNya,
  • Berpendidikan atau berilmu tak kisahlah apa pun diploma, degree..(asalkan dia tak rasa jurang antara aku dan dia nanti),
  • Orang yang berusaha :) .
  • Tak perlu hensem cukuplah sedap mata memandang (kalau dah nak tengok pun menyampah apa lg la nak hidup sebagai suami isteri kan?..huhu).
  • Tak perlu kaya (tapi perlu lah ada simpanan sikit..kalau nak kahwin pun mintak duit mak, ayah or bakal isteri..baik la wa lari pecut ala2 Watson Nyambek..sebab aku rasa kat situ dah tak de rasa tanggugjawab kn..kn?)
  • Penyayang
  • Memahami
  • Bukan orang yang panas baran (silap sikit kaki tangan naik kat muka..payah2..aku dah la sama2 baran takut aku tiba-tiba kena cop isteri derhaka lak, sebab penangan aku ni pun ley tahan hebatnye..keh..keh..x caya tanya adik aku?dia da pernah kena dulu..)
  • Bertanggungjawab
  • dan semua ciri-ciri yang orang lain nak kan sebagai suami mereka aku pun nak juga..
Aku tak list out secara details apa ciri-ciri yang aku cari sebab tu masa nak tulis post ni baru terkial-kial fikir.Al-kisahnya sebab aku belum fikir ke peringkat tu lagi, menuju ke alam perkahwinan.Aku kan masih muda...huhu..cuma kadang-kadang bila satu persatu kad kahwin kawan-kawan aku sampai terasa sempit sekejap la hidup, tapi saya masih ok.Maintain seperti dulu,wat pe la nak gelabah sangatkan?(budget cool la sgt..haha).Mama aku siap risik kat Cik Nah (jiran aku walaupun da seusia macam mama aku tp dia masih boleh layan perangai gila-gila aku), aku dah ada bf ke belum..aiyok!!

p/s:Salah ke aku masih single dalam usia 24 ni?



3 comments:

  1. tak salah.. kita tak bole tangkap muat.. bagi yang betul2 faham konsep kahwin, mereka nak sekali je seumur hidup

    ReplyDelete
  2. tau tak pe..kalau da tangkap muat dah macam baju lak kan?da x best pakai,da sempit ke?buang..x mo la cam tu..

    ReplyDelete
  3. semalam baru dengar isu ni dari datuk Dr Fadzillah Kamsah..

    ReplyDelete