HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Monday, July 5, 2010

Cinta Baru

Berapa lama agaknya korang mengambil masa untuk menemui cinta baru selepas terkandasnya sebuah percintaan?1 hari?seminggu?sebulan?atau setahun?

Kalau bercakap pasal cinta baru ni kadang-kadang aku musykil sendiri.Ada orang sehari dua dah jumpa pengganti.Laku gilakan?tak perlu amik masa lama untuk cari pengganti.

Apa agaknya ciri2 yang korang tengok sebelum menerima seseorang dalam hidup korang sebagai kekasih?Adakah main tangkap muat sahaja?

Dulu aku sangat pelik bila orang dok berganti-ganti bf/gf cam ganti baju.Aku rasa tak de nilai erti cinta tu bagi mereka.Itu pada persepsi aku la.Masa bercinta bukan main lagi bagai nak rak, macam belangkas,sana-sini bersama.Bila putus,gaya cam orang putus nyawa,berendam air mata,tak boleh tidur malam macam2 la peel orang putus cinta ni, tak reti nak khaborkan.Eh tup tup seminggu dua dah ada orang lain.Mula la status fb pun bertukar mode:bahagia.Gediks!!Buang air mata je.

Bagi aku bila dah meninjak 24 ni, bukan bf yang aku cari tetapi calon suami..tiba2 serius, rasa cam lain lak..tapi kan kenapa orang yang aku suka semua stok yg sesuai untuk dijadikan bf sahaja?Aku pun tak paham dengan diri aku,mungkin aku belum puas lagi rasa muda kot.Al maklum la, dulu masa orang sibuk2 bercinta aku mentelaah buku..hehe..study first..cinta kemudian, tu prinsip dolu2..Sekarang orang da sibuk-sibuk, tunang-tunang,kahwin-kahwin aku masih terkial-kial mencari.Relaks ah, baru 24 belum 42 lagi.wee..Berhati2 memilih jangan tersalah pilih.







p/s: t ckp, susah nak cari lelaki berkualiti sekarang..100% setuju..

Friday, July 2, 2010

Ko boleh tolong diam tak?

"Dil, slow..."

"Dil, keta.."

"Dil,brake"

Ada je tak kena bila ko jadi penumpang aku.Sakit jiwa do dengar.Rasa nak staple je mulut hang time tu..

Lepas ni kalau aku keluar lagi dengan kau, aku bagi ko je drive senang.Aku pun tak penat, ley main sms kat sebelah..huhu..

Benda-benda seperti ni terjadi bila orang yang dah selalu memandu jadi penumpang, mereka akan rasa tak selamat je.Itu salah, ini salah.Ada je tak kena.Padahal kadang-kadang dorang punya cara pemanduan lagi la bahaya.Aku pun cam tu gak.hehe.




p/s:teringat masa naik keta HK dgn iza dlu, rasa cm laju gila dia bawak padahal baru 100km/h je.cilok sana cilok sini.mengucap panjang aku takut accident..huhu..

Thursday, July 1, 2010

Kau je la yg betul!


Susah betul cakap dengan orang yang terlebih pandai ni..

Pada dia, pendapat dia seorang je yang betul, even dah terang-terang memang orang lain tak setuju dengan pendapat dia.

Pendapat?boleh jadi betul atau salah betul tak?Tak ada jawapan khusus pun untuk pendapat..kira tak ada la skema jawapan.

Berhadapan dengan orang yang selalu nak menang, pendapat dia seorang je betul boleh buat aku hilang sabar..rasa macam nak hempuk2 je muka dia (kalau boleh la..hehe..mana boleh suka2 mau hempuk orang)

Ape agaknya korang akan buat kalau jumpa orang2 macam ni?

Aku senang je.Kalau da cakap pun macam cakap dengan dinding, baik blah je..tok sah cakap banyak..nanti da penat dia akan senyap la..Tiba2 terbayang macam ne aku tinggalkan kawan aku terkulat-kulat bila dia sibuk nak pertahankan pendapat dia je..dia sahaja la yang betul..amik ko!..sesekali hangin gak aku..bukan niat nak kurang ajar,tapi sesekali perlu dia ajar..hehe..agak biadap gak sebenarnya..

Tapi kalau orang yang lebih tua dari korang jangan lak buat macam tu..itu kurang ajor namanye..Berdiam diri adalah yang terbaik..(benda ni selalu je jadi kat aku..sob..sob)...(T_T), tapi kadang-kadang melawan gak..(ma, kekadang ke?napa rasa cam selalu je..hu).



Mengenali Seseorang

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..teman tapi mesra.. Kerana dia adalah insan terpilih...

Kadang kala tanpa diduga kita kita berkawan dengan seseorang, dan tanpa diduga berlakunya perpisahan.Sedih memang sedih bila persahabatan terputus di tengah jalan (gaya cam percintaan je..erk?haha..), tapi siapa lah kita untuk menolak ketentuanNya.

Sekurang-kurangnya, dia pernah buat kita rasa bahagia walaupun hanya sementara.Bukan balasan yang diminta terhadap perbuatannya selama ini, tetapi ingatan..:)




p/s:Agak-agaknya dia ingat tak kat aku?

Sunday, June 20, 2010

Ayah dan Ibu-Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat





Aku tak tau kenapa setiap kali dengar lagu ni, aku rasa sebak nak nangis.Lagi-lagi kalau lagu ni jadi lagu latar cerita arahan Rashid Sibir, menderu-deru air mata aku mengalir.He.Malu-malu.Lantak la orang nak kata apakan, sekurang-kurangnya kita ada rasa, dan perasaan.Pedulikan apa orang kata.Kalau nak nangis tu nangis je,tak yah nak cover2.

Bagi aku kalau menangis sebab ayah dan ibu itu ok..tapi kalau nangis sebab lelaki tu, buang masa..hui..beria je aku..he..Bagi aku memang buang masa tetapi kebiasaannya lelaki lah yang buat aku menangis..Macam siot..huhu..


Note:Biasa nangis disebabkan benda-benda yang tak sepatutnya..haih..Sedang cuba utk jadi kuat..

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

"Selamat Hari Bapa, Ayah"

Setiap nama orang dikuatkan dengan nama bapa di belakangnya, Nama aku Aidil Laily Binti Ab Rahman.

Ab Rahman Bin Othman, itulah nama ayahku.Dengan ketinggian yang tak seberapa, dengan wajah yang agak garang.Bagi sesiapa yang dah pernah jumpa sure akan cakap, takut nak berhadapan dengan dia tapi sebenarnya dia tak adalah garang mana pun.Bila keadaan perlukan dia serius dia akan serius la,bila masa nak bergelak ada sahaja lawak dia.

Wei rasa dah lama gila tak dengar cerita ayah.Rindu.he

Cerita zaman sekolah dia,bila jadi budak nakal ni ada je cerita yang nak dikenang-kenangkan, samalah dengan ayah aku.Cerita zaman budak-budak dia buat kita yang dengan tak kering gusi.Al maklumlah, ayah ni famous juga dengan peel setan dia dulu.he..

"Ala, jurulatih dia budak Rawang tu"

Ceh tu la ayat famous ayah aku bila tengok game apa-apa pun.Badminton ke, Bola Sepak ke, Takraw ke.Ada je la.Ntah tang bila dia jadi jurulatih altet Malaysia pun aku tak tau la.Tolong, tolong!tak nak dengar.Tak nak dengar.he.Itulah respon aku bila ayah ucapkan ayat tu.

Ayah, apa-apa pun orang nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kat Ayah.

Siapa ayah buruk baik ayah orang terima seadanya, sebab tanpa ayah dan mama tak ada la Aidil Laily di dunia ni. Orang minta maaf sebab selalu je sakitkan hati ayah tanpa sengaja, atau pun dengan sengaja(dah macam minta maaf time raya lak..he).Orang nak buat yang terbaik untuk family kita je.Ayah, Ai doakan agar ayah berjaya dalam setiap yang ayah lakukan.Jaga diri jaga kesihatan, hah, kalau dah tau kacang tak boleh makan jangan gatal-gatal nak makan, nanti bisul datang balik baru tau, tak ke haru..hehe..datang balik bisul tu.Harap ayah buat yang terbaik untuk family kita. :)

I love you, Ayah & Mama..

Gambar masa konvo, ayah & mama



Hargailah kedua orang kita selagi dia ada.Ingatan untuk diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan.

Tiba-tiba rasa sedih pulak terkenang apa yang dah berlaku dalam hidup aku.

He..Apa-apa pun banyakkan berdoa.Allah tahu apa yang telah dia tentukan dalam perjalanan hidup kita.Allah tak kan uji hamba Nya dengan sesuatu yang hamba Nya tak mampu.Aku harap aku dapat lalui hidup aku dengan tabah dan kuat.


Note:Rasa dah lama sangat tak pergi holiday bersama dengan ayah.Harap suatu hari nanti kita dapat pergi bersama, mungkin pergi umrah ke?InsyaAllah..

Idea kering

Dah berapa hari tak update belog ni..

Tak ada idea nak dikongsikan di sini..

Aku lalui hari-hari seperti biasa tak ada beza dengan hari-hari yang lain..

Aku berharap agar hari-hari yang akan datang aku lalui dengan tabah dan tenang..

Hari ni rumah aku menerima tetamu..Aisyah, Bibik, Na, dan Family Uda aku..

"Happy Birthday,Mak Long"ucapan dari Aisyah kepada Mama ku..

Wah hebat budak kecik ni.Dalam hati terfikir macam mana lah budak seusian Aisyah boleh ingat hari ulang tahun mama aku.Aisyah cuma berumur 5 tahun.

"Eh bukan hari ni la"balas mama ku.

"Tau isnin"kata Aisyah.

Mak kepoh ni kalau dah bercakap memang macam mak nenek, tak macam budak seusia dia pun,ada je balasan dia.Kadang-kala tak larat nak layan.he.Tapi layan kan je wei, sebab bukan selalu dia datang rumah ni, sejak dah berpindah.Kadang-kala rindu juga dengan keletah dia.

Aku ingat birthday mak aku isnin ni, 21 Jun.Serius ingat kot, tapi tak tau nak belikan apa lagi.Isk2.Tak kan nak belikan kain lagi?Tak nak la.Macam dah biasa sangat je.Nak belikan rumah,tak mampu.huhu.

"Happy Becoming Birthday, Ma..I love u"





Note:Esok nak keluar pergi jalan-jalan dengan mama..:)

Wednesday, June 16, 2010

Sajak untuk ku..

Wow!ada orang bagi aku sajak..weee...


yang indah sementara
yang cantik tak kekal lama
yang dipandang bukan rupa
tapi bahasa dan budi bicara

...jika kurang rasa kendiri
usah gentar untuk berdiri
jika celaru minda dan hati
tanya YANG ESA haluan kaki

hanya untukmu.


[yang selalu celaru:::::: Aidil Laily ]


Adakah aku insan yang selalu celaru?tiba-tiba terasa lak..hehe..

Wei tak pernah orang bagi aku sajak..hehe..Paling cikai aku pernah terima pun orang bagi lagu kat aku, suruh aku dengar.Budak kecik suruh aku hayati lagu Pemuja Rahasia by SO7 suruh aku tau isi hati dia,jangan tak tau budak2 zaman sekarang lagi matured pasal cintan cintun ni, ex-aku dedicate lagi Istimewa by Indigo (time awal2 dulu la,terasa indah...haha..dah2..lupakan).Pes time wey, orang bagi sajak khas untuk aku, terharunya..huhu..

Aku ingat lagi zaman muda-mudi dulu, kawan-kawan aku bukan main lagi siap tulis lirik-lirik lagu kat kertas warna warni nak bagi sang kekasih aka buah hati.aku??hm.tak de hati weyh nak buat semua tu.keras hati.Almaklum orang sedar diri kot.Aku ni siapa je :)

Ape-apa pun terima kasih sayangku,Yun (time ni la baru nak bersayang-sayang dengan ko kan?)..haha..

Os & Yun

Ko nak ice blend double pearl(double pearl tu, tak takut kembong perut ke?), kebab , ngan cheese cake...kan?
nanti aku belikan..hehe..tapi kan aku takut aku da beli ko tak nak makan lak nanti..hehe..almaklum ko kan da nak berdietkan?





Note:Mee kari aku mana wey?tak tiba2 lagi..Sungguh bersabar aku tunggu..

Berpeluh jawab soalan..

Thanx Joey@Boey for the tag...

Dia suruh aku jawab soalan-soalan ni..

Jom-jom meh kita tengok pe soalan nya, adakah sesusah soalan peperikasaan final semester..layanzz..

1) Adakah anda rasa anda hot ?
hot ke?
jawapan skema saya ialah saya cuma wanita biasa(wanita ke?kanank2?) sy tidak hot sy cuma cool je..hehe..
(joey:menjawab soklan tak?)

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?

mak ai sepah gle desktop aku..haha..malu2..


3) Cerita pasal gambar ini
gamba aku bersama si atan..si atan yg nakal!
masa kat hospital, mse jenguk ayah sakit, kene bisul..hihi..
seyes x tpu..

4) Kali terakhir makan pizza.
Dah berbulan tak makan, sebulan ada kot..
tunggu seorang ni belanja domino's tapi panggilan tak diterima lagi darinya

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Hey Soul Sister..sbb bila buka blog terus automatic lagu ni terpasang

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
YM cik Linda Martopo..(wei jgn marah aku ok?)

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
Aidil, Laily, Budak kecik, Ai, Lily (bongek spe yg panggil nama ni sy tak suka)

8)
Tag orang , siapa yang nak kena tag?
1. ijan
2. nani
3. joey
4.dila
5. telur

9) Siapa orang number 1 pada anda ?
kawan saya masa di STC

10) Katakan sesuatu pada orang number 5.
Cakap ape wey?
Hai Mr telur..cam pelik je wei..hmm..

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?
Dengan gf dia la..(dah ada kan joey?)

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
Dia gf kepada kawan kepada ex bf sy..hehe..

13) Kata - kata cinta pada orang number 4.
Perempuan kot..kata-kata cinta pe?
Dila, i lu v u dik!!haha..tak pasal-pasal je..bkn senang aku nak cakap benda2 ni..

14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag.
ijan - bdk lompat..hebat!
nani - nani suka men boling..betul tak?
joey - dlu takut dgn dia, sbb selalu p kelas pakai celak..keh2..
dila -dia ada kamera dslr..wei mau pinjam buleh?
telur-ni sy tak tau pe2..belog dia byk gamba2..kn?menarik!

wah..tekun aku jawab soalan-soalan ni..tekun gila..hihi..siap berpeluh-peluh ni..(poyo)

-the end-

Lelaki hensem vs lelaki tak kacak(tak hensem lah)

Sebelum ni perempuan cantik vs perempuan tak cantik.

Sekarang, lelaki hensem vs lelaki tak hensem pula..

Adakah perempuan begini??

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus..

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?



Note:Adakah si dia hensem sampai aku rasa simpati terhadapnya semasa ditinggal si dia ,huhu..lala..

Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik

Aku ternampak mak lah ni kat page blogger lain.Rasa macam interesting lak nak share kat sini.Sama-sama kita fikirkan :)

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!


Amacam?Korang pernah terlintas cakap benda-benda di atas ni?
Secara jujurnya, jujur ni tau..aku pernah terfikir beberapa perkara di atas.
Sebab kan saya dah cakap saya ni jahat..hehe..



Note:Manusia ni tau cakap pasal kelemahan orang je, kelemahan sendiri tak nampak..betul x?



Sentuhan Qalbu

Semalam aku menonton program Halaqah:Sentuhan Qalbu, musim terbaru episod 1.

Kenapa sentuhan qalbu?

Kalau selama ni halaqah membincangkan tentang permasalahan agama tapi kali ini pendekatannya lebih menyeluruh, bermula dari mana kita dicipta dan pengakhirannya.Menyentuh jiwa dan naluri kita.Bagi yang hati keras, tak tau la tersentuh ke tak.

Aku mencuba untuk menghayati, menyelami apa yang jurulatih ESQ tu sampaikan..

Bayangkan anda dijadikan dari air yang kotor..
Bayangkan anda dijadikan dari segumpal darah..

Beria-ia la aku bayangkan, ye saya bayangkan serius..siap tutup-tutup mata bagai (sebab memang disuruh tutup mata..)

Tengah bayangkan itu, ini.Tiba-tiba terlelap.Adui,potong stim betul la.

Almaklum la, menonton tv sambil berbaring tunggu masa untuk tidur memang cam tu la :)

Setakat 2, 3 ayat je aku dapat bayangkan, yang lain-lain tak sempat sebab aku dah selamat berlayar untuk seketika.

Tu pengalaman aku semalam.

Aku teringat semasa belajar dulu, Cik Safinah dan Puan Raihan ada membuat latihan ESQ ni pada mahasiswa baru(aku jadi fasilitator).

Fasilitator diminta untuk turut sama dalam latihan ini.

Tahu tak diakhir latihan ni, aku menangis.Menangis mengenangkan kesilapan lama,menangis mengenangkan kekhilafan aku sebagai hambaNya dan macam-macam lagi.Serba salah, kesunyian perasaan bercampur baur.Entah kenapa.Tersentuh hati aku dengan apa yang diucapkan oleh Cik Safinah ketika itu.

Meleleh-leleh air mata.huhu.Bukan aku seorang je ok.Ramai lagi yang menangis.Ok la tu kan?Tak de la rasa pelik sangat.hehe.Sah cenggeng!

Jika diberi kesempatan, aku teringin nak sertai training ESQ ni tapi bayarannya aiseh agak berbaloi-baloi juga lah.Mahal kot.



Lagu tema ESQ, hayatilah makna yang ingin disampaikan :)





Note:Bagi yang tak tau, halaqah ni setiap malam Selasa, 10 malam

Monday, June 14, 2010

Tipu Sunat

Tipu sunat..hehe..

X:Kakak dah kawin?

Y:Dah

X:Suami orang mana?

Y:KL

X:KL area mana?

Y:Kajang...eh bukan KL Selangor..lupa pulak..

Bila pulak masanya Kajang masuk jajahan KL ni..pakai cakap je.erk?konpius..

X:Dah ada anak?

Y:Tak ada.Belum ada rezeki(dalam hati ketawa)

X:Dah lama kahwin?

Y:Lama tak lama la.6 bulan.

Menipu lagi aku hari ni.Lantak la, bukan aku kenal kau pun dan harap-harap aku tak kan terserempak lagi dengan kau.

Sejak bila entah aku dah kahwin, kemudian ada suami orang Kajang lak.isk isk.Nasib aku cakap tak ada anak nanti jenuh pulak nak memikir nak bagi jawapan yang nyata salah dan tak betul belaka :)




Notes:
Kebenarannya, jangan kata suami, bf pun saya tak ada, apatah lagi tunang :p


Saturday, June 12, 2010

Dr Chuah-please be strong!

Dr Chuah, hanya doa sahaja yang mampu untuk aku kirimkan untuk mu dari jauh.

Dr please be strong!

Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa macam syahdu, sedih semacam bila terima berita terbaru dari Linda tentang keadaan Dr.

Wei..tolong-tolong aku rasa nak nangis!

Keadaan Dr semakin teruk, jika hari Khamis atau Jumaat lepas (aku dah lupa..sebab banyak makan semut macam ni la), aku dengar keluar darah dari mulut dia hari ni aku dengar keluar darah dari mata dia pula.Hwei Lin beritahu melalui status di facebook nya, hati, perut dan buah pinggangnya telah dijangkiti kuman.

mode:sad!

Friday, June 11, 2010

Kahwin-kahwin..

Pang pang bing bing

Kompang-kompang kebing-kebing

Suka-suka hati je aku bunyikan bunyi kompang.Jadi tak?Cam haram kan?

Tiba-tiba teringat zaman kecik-kecik dulu, main kahwin-kahwin..

Ni bukan post nak cakap pasal perkahwinan aku ok?Tp..perkahwinan kawan-kawan kepada aku.Ayat mengada nak panjang-panjangkan?

Bulan ni, bulan Jun, mencatat sejarah, tiap-tiap bulan ada je kawan-kawan aku yang kahwin.Pening, pening!Pening bukan apa, pening tak tahu nak pergi yang mana satu, sebab ada yang serentak hari yang sama,then lokasi lain-lain.Kalau sama-sama JB aku layankan je,tapi ni seorang JB, seorang BP, Melaka.haih.

Apa-apa pun di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan,

SELAMAT PENGANTIN BARU

kepada:
  1. Fazilah Zaini & pasangan
  2. Nurul Fahana & pasangan
  3. Kak Siti Mariam & Abg Din
  4. Lin & Pasangan
  5. Zain & Wana
  6. Muhammad Farooq & pasangan
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT!!

Terimalah ucapan ikhlas dari saya.hihi.Dah macam dedication ucapan raya pun ada.Cakap pasal raya, korang dah puasa ganti ke belum?Tiba-tiba teringat.Pada yang belum habis ganti macam aku, lepas ni pakat-pakat la ganti puasa yer :p

Terimalah dari saya,


budget cam aku nyanyi lak!!

Di Majlis Perkahwinan Fazilah Zaini

Overkan? Dengan kek pun jadi (Me & Ikin)

6 Dara Pingitan..erk?

Sesi bergambar bersama pengantin :) Memasing berkata dalam hati:
"Agaknya bila la turn aku?"


Pengantin bergambar bersama Ibu & Ayah

Turn syu & geng lak gamba dengan cup cakes!

Selamat Pengantin Baru Fazilah :)

Di Majlis Perkahwinan Nurul Fahana Hassan

Sempat posing time makan

Mak Dara dia apit oleh 2 anak dara..cheh!
(Syidah, Mai & Me)

Selamat Pengantin Baru Fana & Wawa :)
(Dr kiri:Siti, Mai, Syidah,Pengantin, Mak Siti, Me, Ain)


p/s:please!please!please!tolong jangan tanya aku bila aku punya giliran pulak..sensitip ok..boleh buat wa moody 3 hari 3 malam..choi!

Dr Chuah cepat sembuh

Hi, semalam aku terima satu berita yang menyedihkan di mana salah seorang lecturer aku semasa di UPM dulu telah dimasukkan ke ICU,Hospital Serdang disebabkan penyakit denggi berdarah.Penyakit yang sama menyebabkan kematian Din Beramboi dulu.

Dr Chuah, saya doakan semoga cepat sembuh.

Ya Allah,aku mohon keajaiban mu.Sembuhkan lah Dr Chuah.

Dia antara Dr yang rapat dengan aku.Hanya dia yang tau, apa cita-cita aku dari dulu(antara lecturer je..) to be a Safety Engineer.

To someone ini amaran ok?

Kalau tak tau apa-apa pasal status aku, dan apa aku cakapkan you better keep your mouth shut ok?

Perlu ke nak komen macam ni?

"Dr tu kafir, biarkan je"

WTH, wei kau tak kenal dia, jadi kau jangan memandai.Dr Chuah ni mualaf,nama islamnya Luqman Chuah.

Even kalau dia kafir pun apa hak kau nak cakap macam tu?

Dr ni pernah mengajar aku dan kawan-kawan, apa salahnya kami doakan untuk kesejahteraan dia.

Tiba-tiba aku emosi, bila aku tengok komen yang bagi aku agak biadap macam tu.

p/s:kalau nak diri dihormati, 1st hormati hak orang lain.Letakkan diri kita dalam situasi orang tu baru kita tau apa dia rasa.Kalau dulu orang cakap, kerana mulut badan binasa, but kali ni aku rasa kena ubah,kerana tangan, ko *elaka!(sebab tangan yang menaip komen..hehe)

Lawatan ke Shell PD (Dr Chuah yang pakai baju kemeja putih)

Wednesday, June 9, 2010

Nyenyaknya Tidur

Semalam merupakan tidur yang paling lena sekali semenjak seminggu lepas.Tak mampu diluahkan dengan kata-kata kepuasannya!Chewah!Tapi serius memang lena, ayah aku tengok TV dengan volume kuat pun aku cuma tersedar sebentar dan sambung tidur semula.

Kenapa baru semalam aku rasa kenikmatan tidur ni??

Minggu lepas, aku dilanda kekusutan yang amat sangat.Amat sangat!Tapi dari sehari ke sehari, aku rasa aku dah boleh lupa semua masalah tu dan mencuba untuk kembali normal seperti dulu.Bagi yang tau, taulah masalah aku, bagi yang tak tau aku memang tak nak bagitahu.hehe.Persoalan hati dan perasaan ni kadang-kadang terlalu complicatedkan?

Tidur tak lena,mandi tak basah, makan tak kenyang..sindrom apakah itu??

Hoi..hoi..dah jangan nak buat tafsiran sendiri.Saja je tu.Ini bukan sindrom cinta la, cuma tak keruan je.Saya cuma ada masalah yang agak complicated sedikit.Sekarang saya dah ok.About 60% recover :) Hopefully end of this week will achieved 100% recovery.Totally recover.Hope so!!

Beberapa hari lepas,tangan aku ni jadi kebas-kebas dan sakit-sakit kadang-kadang.Jap ada jap tak ada, dengan mengadanya aku suh mak cik aku tolong urutkan.Dia cakap bukan angin, tapi salah urat.Agaknya aku tersalah landing time tidur, tu yang sampai sakit-sakit.Padan muka!Terima kasih aunty sebab urutkan saya,mungkin sebab ni juga saya tidur lena.Bestnya kalau hari-hari macam ni.Hehe.Sok-sok nak urut lagi boleh?haha.Kalau Mawi nak cari isteri yang tahu mengurut, aku lak nak cari suami yang pandai mengurut, Ok tak?Kena masuk dalam list ciri-ciri bakal suami yang dicari ni.Suka-suka hati je kan?Aidil dah bengong!

Bangun pagi tengok hp ada sms dari seseorang, but empty message.hmm.Ape yang dia nak sampaikan sebenarnya?Sebelum ni miscalled,bila aku call tanya kenapa call, macam tak ada jawapan pun dari dia. :) Aku hanya tersenyum, sekurang-kurangnya aku tau, dia masih ingat aku.

Aku harap, hari-hari akan datang aku akan tidur lena seperti semalam.Nak cover balik waktu-waktu tidur yang aku tinggalkan dulu.Boleh ke??

Lena nya si Comel ni tidur.Tiba-tiba rasa jealous.


Tuesday, June 8, 2010

Keluarga Angkat

Hari tu mak angkat aku buat kenduri arwah cucunya, anak sedara aku la tu.pasan kan?Inalillah..Baby tu meninggal dalam perut, sebab air ketuban dah kering.Cian Tisha, kempunan dapat adik lagi.Ini kali kedua kakak ipar aku keguguran.Mesti sedihkan family mak.Arul & Kak Ina takziah yer.Nanti cuba lagi, korang kan masih muda :)

Mak angkat??Famili angkat??Kau ada??Tak ada kan??

Aku ada 2 emak, ada 2 abah.Bertuahkan aku?

Aku ada 3 abang angkat..Arul, Aki & Topet, 2 kakak ipar..kak Ina & Ani(2 je sebab Pak Itam tak kawin lagi..Pak Itam??Topet lekatkan nama tu sampai sekarang dengan ko..), 2 nak sedara..Aina Batrisya & Alya Natasha..

Dari abang-abang aku ni lah aku belajar mencarut.hak hak.Kenal apa itu, *abi, bodoh, sia*.Mereka-mereka ni lah yang banyak pengaruh kehidupan kami adik-beradik.Ye ah budak kecik kan, ada contoh depan mata apa lagi ikut je lah.

Mak aku jaga aku since aku berusia 6 bulan, masa tak tau apa-apa, bayi sampai la sekarang. Even sekarang dah tak jaga secara official macam dulu lagi, mak masih jaga aku.Mak still macam dulu, suka bebel-bebel juga.Antara adik beradik aku, mak paling sayang Fendi.Hmm.Ada nada-nada cemburu wujud.huhu.Tak apa, mak sayang dia, abah sayang aku lebih.Fair la tu kan?Bila raya, adik-adik lain dapat duit raya dari emak je,tapi aku?Dua-dua aku dapat.Emak bagi aku ambil, abah bagi aku sauk.

Sekarang aku rasa lain la.Almaklum lah dah besar.Dahulu, hari-hari, tiap-tiap jam turun naik dari rumah aku pergi rumah mak.Pagi ke petang ke malam ke, aku tak kisah.Kalau malam pergi tu alamatnya balik nanti kena lari langkah seribu sebab takut kena kejar hantu.huhu.Jangan tak tau sekarang pun aku macam tu.Nak-nak lepas dengar cerita Cik Nah, yang anak dia Si Syukri a.k.a Abang Cuki Tisha ternampak Cik Ponti tu.Aisey lagi la seram lol(tiba-tiba rasa meremang bulu roma!Ya Ampun)

Aku dengan family mak angkat aku pun ngam juga.Kalau balik kampung mak, orang dah kenal dah, ni anak Long(panggilan mak di kampung).Kampung Mak kat Peradin Pontian.Dulu seronok balik kampung,orang bandar balik kampung tu yang macam jakun sikit.Permainan kami di kampung ialah main perang-perang menggunakan biji getah dan pergi memancing di paya depan rumah nenek(nenek aku ke?..ye la mak kepada mak saya mestilah nenek saya).

Misi pertama sebelum perang, cari biji getah.Dengan mengerah tenaga kami beramai-ramai pergi menyusur ke belakang rumah nenek untuk mencari biji getah yang dah gugur.Kebiasaannya 1 team dalam 3-4 orang je.Bila dah jumpa biji getah, apa lagi peperangan pun bermula.Serang!!Sampai sekarang aku tak tau team mana yang kalah dan team mana yang menang.Hihi.Ye la balik ikut sedap rasa je.Habis biji getah kami semua balik lah(macam tak ada motifkan?).Itu lah kenangan.

Bab memancing ni aku paling suka.Biasa sebelum balik kampung Topet dah beli dulu mata kail di JB tak pun kadang-kadang we all poww mata kail Pak Udin.Dulu mana main joran-joran ni semua, kami hanya guna pancing buatan sendiri je.Tak perlu kos selenggaraan dah tak nak boleh buang je sebabnya tiap-tiap kali balik, kami akan buat pancing baru.

Peralatan yang digunakan untuk membuat pancing:
  1. Kayu(ranting yang keras, yang mampu tampung berat ikan)
  2. Tali tangsi(tali ni tajam sikit, terkena tangan ley luka..sakit!)
  3. Mata kail bukan mata ikan ok?
Cara membuatnya?Nak beritahu juga ke?Fikir-fikirkan lah..

Part mencari umpan ni la paling haru.Nanti ada je suara-suara sumbang marah kami semua, sebab habis semua pasu bunga nenek kami telungkupkan dalam usaha mencari anak lipas untuk dijadikan umpan.Eee..geli..kan?Sure korg cakap macm tu, tapi bagi aku tak ada apa-apa.Biasa je, sebab dah biasa.Kami masukkan lipas dalam tempurung kelapa yang dipenuhi dengan tanah gambut.Style kan nak membodohkan lipas tu,supaya lipas tu ingat dia masih dengan kehidupan di tanah gambut tapi hakikatnya dia telah ditawan oleh kami untuk dijadikan makanan sang ikan.Biasanya, ikan yang kami dapat ialah ikan kaloi, sepat..Ala ikan-ikan parit je, tak kan la kat parit pancing nak dapat ikan merah lak kan?Aku rasa satu kepuasan bila pancing mengena.

Boboy, Angah, Uda, Ain, Noi, Topet, adik-adik aku, Yan & Fendi tulah kawan-kawan aku masa di kampung.Sekarang masing-masing dah besar, dah ada haluan masing-masing,Noi pun dah kahwin.Jika dahulu ketua kami Topet sekarang ni, Amirul telah ambil alih takhta tu.hehe.Family ni ada dua generasi, generasi kami si tua, dan si muda.Yang tua tu kami,yang muda tak silap aku sekarang dalam umur 12 ke bawah sekarang ni.Gila besar kan gap antara generasi ni?

Dulu tiap-tiap minggu aku balik kampung.Sekarang??Jangan tanya lah, setahun tu berapa kali je.Adalah juga kan?Bukan aku lupa, tapi tak ada kesempatan.Alasan sematakan?Tak boleh diterima.

Mak & Abah, terima kasih sebab anggap kami adik beradik macam anak sendiri.Jaga kami baik-baik bila mama dengan ayah tak ada(out station).Terima kasih mak, abah.Jasa kalian kami tak dapat nak balas.Tiba-tiba rasa tacing lak.Rasa rindu tiba-tiba dengan latah abah,ye abah saya melatah, saya antara orang yang dengki bila tengok abah duduk tenang, ada je kerja nak mengalan abah sampai pernah marah dengan Aki(cucuk abah sampai seput..hmm..nak gurau tak beragak memang lah kena marah),rindu bebelan mak..ni pasti!Mulut orang tua biasalah ada je pesan-pesan dia.Kadang-kadang rimas dengar tapi bila diteliti, apa yang dia cakap tu ada betulnya.Jadi terima je, mak bebel tadah je lah telinga.Pasrah:(




p/s:Hari tu bawa someone jumpa mak dia macam excited, but then bila orang ckp kawan je tak ada ape pun.Dia cakap ok lah tu(ayat cam pasrah kan?).Mak nanti kalo orang jumpa yang betul-betul sesuai orang kenalkan dengan mak ek?