HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Sunday, May 30, 2010

Do Re Mi

Aku bukan nak ajar vokal kat sini ok?

Korang pernah tengok cerita Do Re Mi tak??Lakonan P.Ramlee sebagai Do, AR Tompel(Re) & Ibrahim Din(Mi). Aku dah tengok lebih seribu kali kot cerita tu(main hembus je..sebab aku rasa dah teramat banyak kali aku tengok..sampai skrip pun dah naik hafal dah),dan almaklum la sebab astro ni pun asyik ulang-ulang cerita yang sama je, sampai aku naik muntah dah, tapi dengan cerita ni aku tak rasa sebegitu.Walaupun dah banyak kali tengok, setiap kali part kisah hidup Do dan Re aku tetap ketawa terbahak.

Pak Bilal:Saya Pak Bilal, dengar cerita di sini ada orang mati?
Bapak Minah:Betul la tu, tapi orang mati dah hidup balik.

Dengan sekuat hati Pak Bilal lari bersama kuncu-kuncunya..Tunggang terbalik larian Pak Bilal..

Bapak Minah:Amboi, lajunya Pak Bilal lari...

Dulu masa gila kumpul VCD P.Ramlee masa zaman sekolah rendah agaknya kalau tak silap, asal part Pak Bilal ni aku ulang banyak-banyak kali.

Kisah hidup Re paling best, aku tengok tanpa perasaaan jemu.Even AR Tompel tak buat lawak pun, tengok dia je aku dah boleh gelak,kenapa ek??Itulah penangan bapak Adlin Aman Ramlie dalam cerita ni.

Kipas lipas, api bodoh, ahli mesyuarat tingkap, zorro buat aku gelak tak kering gusi,dan lebih menakjubkan, skrip-skripnya aku siap boleh ikut sepatah-sepatah.Ternyatalah aku masih muda...hehe..(ke perasaan muda??..no komen..)

Kami adik beradik jadi pengumpul VCD P.Ramlee, sekarang entah mana perginya koleksi tu pun aku tak tau.(VCD ini semua di pow daripada mama, sebab upah bila kami adik beradik pergi taekwando dulu..hehe..gila pemalas, nak pergi belajar taekwando pun mak aku kena bagi rasuah..gila kan??).Cerita P Ramlee tak luput ditelan zaman, itu yang boleh aku katakan.Dari dulu sampai sekarang aku masih ketawa dengan lawak-lawaknya.

Sinopsis:

Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Sejak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu.




Sebahagian dari Kisah Hidup Do



Sebahagian dari Kisah Hidup Re

1 comment: