HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Sunday, June 6, 2010

Positif Thinking

Tiba-tiba aku rasa sekarang ni aku nak mengamalkan berfikiran positif seperti yang diamalkan oleh Kak Iman :)

Aku seorang yang terlalu negatif.Kadang-kala, masalah yang kecil aku boleh berfikir berhari-hari padahal tak ada apa pun.Gila tak ada kerja kan?Bak kata seseorang, buat apa pening kepala nak fikir, bukan datangkan hasil pun.Betul tu.Itu la hakikatnya.Tapi aku??aisey.susah-susah.

Bila dah hidup lebih kurang 24 tahun macam ni, then tiba-tiba nak berubah aku rasa ia bukan benda yang mudah.Cuba si Kidal menulis menggunakan tangan kanan, tentu susahkan?Sebab dah kebiasaannya sebegitu.Sesuatu yang kita tak biasa, akan menjadi sesuatu yang susah buat kita.

Bila sesuatu yang bukan kebiasaan kita buat, kita akan rasa kepuasannya.So, Let's Think Positively.

Everything happens for a reason.Rite??Percayakan?

Apa yang berlaku dalam hidup ni sebenarnya telah ditentukan di dalam Luh Mahfuz lagi.Dialongnya,jalan ceritanya semua sudah tertulis.Setiap manusia cuma melakonkan watak masing-masing.Bak kata Hamzah," ala bese la dil..manusia..klu x dunia nie aman damai jek.."

Korang dapat bayangkan tak if semua orang di dunia ni baik?Sure polis nanti tak ada kerja, peguam tak ada kes untuk di handle, penjara-penjara kosong.Sebenarnya,kehidupan ni ada rantaiannya sendiri like rantaian makanan, seperti kisah lagu Bangau Oh Bangau tu.Lagu yang kita nyanyi masa zaman sekolah tadika dulu,aku pasti semua orang tau.

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku..

Let sing along!!..haha..dah macam kelas tadika pun ada..pitching jaga, guna suara perut ok?

Korang tau tak kisah disebalik lagu ini.Ia memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain.

"Ini semua dia punya pasal.."

"Ko punya pasal aku jadi macam ni.."


Aku rasa korang selalu mendengar suara-suara sumbang diatas kan??

Manusia kebiasaannya akan menunding jari kepada orang lain di atas kesalahannya sendiri, betul tak?Ada sesiapa nak bantah?Kebanyakkannya hidup manusia begini.Begitu juga aku.Ngaku je la tak payah nak kalis-kalis.

Ye aku pun salah seorang darinya.Bukan nak mempamerkan kelemahan tetapi mengaku kesalahan :)

Apa kata lepas ni if ada musibah menimpa, masalah ke menimpa?Musibah dengan masalah bukan sama ke?Choi!!Lantak..Kita sebagai manusia, muhasabah diri dulu, sebab musabab ia terjadi.Betul kadang kala, ia berlaku disebabkan orang lain, tetapi kadang-kala ia berlaku disebabkan diri kita sendiri.Don't simply blame others,Ok?Better learn from your mistakes.

Satu lagu ungkapan yang selalu aku ucapkan untuk sedapkan hati,

"Itu semua pengalaman, ujian Tuhan kepada kita untuk kita lebih dewasa.Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir. ...
Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH" ...

Percaya dengan ujian dan takdir Allah!Setiap ujian tu hanya untuk menduga keimanan hamba-hambaNya.Hadapi dengan tabah.

Hari ni aku dah macam ustazah pulak?Layankan je..

Ini aku sertakan sekali lagu Bangau Oh Bangau.Mana tau ada yang nak practice menyanyi.Zasss!

















1 comment:

  1. think +ve, terima kasey jugak buat Raihana Ahmad Suhairi ;).. chaiyok2 aidil.. teruskan kehadapan dengan berfikir +ve tapi tak salah kadangkala kita lepaskan tekanan dengan melakukan di luar kelaziman, asalkan segalanya maseh dalam redha Tuhan.

    ReplyDelete