HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Setan

Linda:

"LAGENDA BUDAK SETAN" Besttttttt arrrr~~`

cm nk tgok lgi arr " LAGENDA BDK SETAN " uwaaaaaaaaaaa

Feed back dari Linda tentang filem Lagenda Budak Setan (LBS), buat aku excited nak pergi tengok cerita ni. Aku sememangnya nak pergi, tapi ada sekatan sikit..hmm..tak tau nak pergi dengan siapa..Tu pun nak kecohkan??Almaklum kawan-kawan memasing sibuk nak pergi dengan pasangan, then aku??Sedih gila..Tiba-tiba tacing lak..Nak ajak si Sheila, dia tak pernah jejak wayang..haih..

Tetapi tadi...

Pukul 520 petang aku telah menontonnya berdua dengan temanku di Pelangi Leisure Mall, tu pun selepas melepas gian kat karok jamban..wah!gila lama aku tak pergi karok..eh!ada hari tu, 2 minggu lepas kot tapi tak feel langsung sebab tempat gila tak best, kotor lak tu..geli!

Review aku tentang cerita ni, aku suka lagu dia, OST Bila Cinta by siapa aku tak pasti, aku lagi layan versi lelaki berbanding perempuan.

Keseluruhannya, cerita ni bagi aku just OK je.Tak mampu membuat aku mengalir air mata seperti menonton cerita Cinta dan Cinta Kolestrol.

Cinta Kolestrol??Erk...Gilakan??Entah bagi aku, aku akan menangis bila kesedihan tu dekat dengan kisah hidup aku.Watak Fazira dalam cinta kolestrol tu macam dekat dengan diri aku.Serius.Macam mana penghinaan yang dia terima, aku pernah rasa dulu tapi tak seteruk itu lah. Orang gelak tengok cerita tu, but aku nangis.haha.Padahal cerita tak la best mana pun, kan?kan?

Cerita ni hanya mampu sentuh hati aku dan membuatkan aku sedih je.Itu sahaja.Aku tunggu gak,kenapa tak keluar-keluar air mata(siap tunggu tu.tak tahan kan?), kerana feed back dari orang lain semu cakap cerita ni sedih.

"Nanti pergi bawak tisu banyak-banyak"

"Jangan pakai make-up tebal-tebal, takut make up cair sebab nangis.Malu beb"

"Pergi nanti pakai purdah kalau boleh, kalau tak nak malu orang tengok ko menangis"

Ini antara pesanan penaja sebelum aku pergi tengok cerita ni.Setelah mendengar kata-kata berikut, aku pun prepare la apa yang patut.huhu.Siap bawa tisu tu, mana tau kalau menangis bergelen-gelenkan?Boleh lah aku kesat air mata nanti.

Tapi...Sehelai tisu pun aku tak keluarkan..hmm..

Adakah hati aku terlalu keras untuk merasai kesedihan yang nak disampaikan dalam cerita ni??

Part Kat mencintai Kasyah dalam diam menangis dalam toilet tu bila Kasyah bagitau dia nak kahwin dengan Ayu (bagi sesiapa yang dah tengok), itu dapat menyentuh hati aku.Hampir-hampir la air mata mengalir.Hmm.Mungkin aku pernah mengalami situasi seperti dia, agaknya la.Agak je ok?Betul tak betul saya tak nak mengaku.*sigh.Kesedihan,kekecewaan..but, life must go on rite?Nasib baik Kat kuat, tabah terima berita yang Kasyah sampaikan.Kalau aku yang kena, agak-agaknya macam mana lah.No komen.

Apa-apa pun, cinta Kasyah kepada Ayu merupakan cinta yang hebat bagi aku.Penantian , kesabaran, pengorbanan Kasyah dapat kita tengok melalui cerita ni, menerima baik buruk Ayu seadanya, even Ayu wujud sebagai Amelia cinta Kasyah masih utuh.Korang rasa ada ke lelaki seperti Kasyah ni?Bagi aku, ada tapi 1 dalam berjuta :)

Tak nak cakap apa-apa pasal lelaki, takut nanti aku teremo pula.Susah!

Bila cakap pasal lelaki, aku akan rasa sedih, kecewa.Better stop here.tettt..

Bagi sesiapa yang belum tengok, nanti pergilah yer.Sokong lah industri perfileman tanah air.Sempat promosi tu.hehe.




Thank you Shidah sebab teman aku tadi.Ini pun setelah beberapa kali dipujuk.Dia tak nak pergi awalnya sebab takut nangis, tak ayu.Poyo!Apa-apa pun best keluar dengan kau hari ni.

















5 comments:

  1. sy suda tgk.. wee~~

    sokong dunia perfileman tempatan..

    salam ukhuwah dr nanie..

    ReplyDelete
  2. LBS biasa saja (ku rasa buat bazir duit ku RM11x2 sebab kena belanja stranger yang ngajak tanpa tengok cite tu tanpa diplomasi)

    ReplyDelete
  3. hi nanie..salam ukhwah..:)

    kak iman:akk kena banje spe tu??kne poww ka?

    ReplyDelete
  4. saye suke cite die tp x de feel nk nanges lgsg ok...
    prefer novel die lg kot sbb lg detail plus i X SUKE farid kamil..hahaha
    tp plg x ley blah,bahasa die...
    lawak sial..
    hahaha

    ReplyDelete
  5. ada sesuatu tersekat di rongga pernafasan sy..

    skema wey!

    pe lg ek?

    i like que, even watak dia jahat!

    ReplyDelete