HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Tuesday, June 1, 2010

Bad Mood

Semalam aku tak rasa excited langsung nak tulis apa-apa di blog ni.Kalau berapa hari lepas ada je aku buat, tukar lagu la, tukar itu la, tukar ini la..tp semalam,hmm..Seriously, aku sekarang bukan berada dalam mood yang baik. Adakah disebabkan perubahan hormon??Agak-agaknya lah..Itu kan normal bagi wanitakan, bila sampai masanya..huhu..

Aku kadang-kadang bertanya sendiri, apa yang aku inginkan dari hidup sebenarnya??Kemewahan?Kerjaya??Harta??Aku rasa apa yang aku ada sekarang dah cukup untuk aku, hidup bersederhana.Alhamdulillah sejak kecil, aku tak pernah hidup susah macam orang-orang lain yang tidak bernasib baik seperti aku.Aku bersyukur dengan apa yang ada, yang dikurniakan olehNya untuk aku dan keluarga.Aku pernah melalui saat-saat getir dalam keluarga, tak perlu dinyatakan di sini,aku tetap bersyukur sebab aku rasa ada family lain yang lebih teruk dari aku.Jangan bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain tetapi bandingkan kekurangan orang lain dengan apa yang kita ada..(eh betul ke?..hembus je asal aku paham..lalala..), dengan melihatkan kekurangan orang lain, kita akan tau apa itu istilah bersyukur..betul tak??

Seorang kawan pergi,seribu kawan akan datang kepada kita??Betul ke??

Jangan dikesali perpisahan, sebaliknya kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan.

Aku adalah orang yang terlalu jujur dalam persahabatan, cuma sometimes when someone sound very annoying, aku kadang-kadang meletus juga.Aku berkawan dengan semua orang,tak kira apa latar belakang kau, tak ada istilah memilih kawan.Ala, orang nak kawan kan?kita kawan je la tak salah. Hari ini aku belajar sesuatu, jangan meletakkan perasaan dalam persahabatan, terutamanya yang berbeza jantina la(kalau dan sama jantina jadi apa lak kan?).Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jika respon sebelah pihak yang lain ok, ok lah tapi sekiranya responnya sebaliknya, bagaimana?Fikir-fikirlah..

Persahabatan bagi aku sesuatu yang tak boleh dijual beli. Kau pergi lah mana pun, kedai besar mana pun ada tak jual sahabat?tak ada kan?Lagi-lagi lah sahabat baik.Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar pada seseorang, kerana tak memahami kekusutan yang ada, dan aku memambah beban dia.Dia kusut,aku pun dalam keadaaan yang sangat-sangat kusut.

"Awak,saya minta maaf sangat-sangat."

Aku hanya manusia biasa, aku ada hati dan perasaan.Kau cuba letakkan diri kau ditempat aku, apa yang kau rasa. Aku bukan tak memahami situasi kau,tapi tekanan yang aku hadapi, aku rasa lagi kuat,hati aku terlalu sakit.Maafkan aku sekali lagi.

Kawan datang dan pergi dalam kehidupan aku, setiap kawan ada bezanya dan tak akan ada yang sama seperti kau.Aku tak nak hilang kau!!

Aku rasa hidup aku yang gembira berapa minggu lepas jadi sunyi kembali...

Saya semua kawan-kawan saya..!!Terima kasih sebab beri peluang saya yang blur ini berkawan dengan anda ya.

2 comments:

  1. blur AMAT!!!
    hahahaha...
    saye bkn kwn kamu ke??

    ReplyDelete
  2. linda martopo..haha
    kan aku blur kan?
    kamu kawan sy yg sme2 blur seperti saya..huhu

    ReplyDelete