HAPUSKAN MEREKA

HAPUSKAN MEREKA
klik gambar untuk lanjutan!

Halaman

Wednesday, June 16, 2010

Sajak untuk ku..

Wow!ada orang bagi aku sajak..weee...


yang indah sementara
yang cantik tak kekal lama
yang dipandang bukan rupa
tapi bahasa dan budi bicara

...jika kurang rasa kendiri
usah gentar untuk berdiri
jika celaru minda dan hati
tanya YANG ESA haluan kaki

hanya untukmu.


[yang selalu celaru:::::: Aidil Laily ]


Adakah aku insan yang selalu celaru?tiba-tiba terasa lak..hehe..

Wei tak pernah orang bagi aku sajak..hehe..Paling cikai aku pernah terima pun orang bagi lagu kat aku, suruh aku dengar.Budak kecik suruh aku hayati lagu Pemuja Rahasia by SO7 suruh aku tau isi hati dia,jangan tak tau budak2 zaman sekarang lagi matured pasal cintan cintun ni, ex-aku dedicate lagi Istimewa by Indigo (time awal2 dulu la,terasa indah...haha..dah2..lupakan).Pes time wey, orang bagi sajak khas untuk aku, terharunya..huhu..

Aku ingat lagi zaman muda-mudi dulu, kawan-kawan aku bukan main lagi siap tulis lirik-lirik lagu kat kertas warna warni nak bagi sang kekasih aka buah hati.aku??hm.tak de hati weyh nak buat semua tu.keras hati.Almaklum orang sedar diri kot.Aku ni siapa je :)

Ape-apa pun terima kasih sayangku,Yun (time ni la baru nak bersayang-sayang dengan ko kan?)..haha..

Os & Yun

Ko nak ice blend double pearl(double pearl tu, tak takut kembong perut ke?), kebab , ngan cheese cake...kan?
nanti aku belikan..hehe..tapi kan aku takut aku da beli ko tak nak makan lak nanti..hehe..almaklum ko kan da nak berdietkan?





Note:Mee kari aku mana wey?tak tiba2 lagi..Sungguh bersabar aku tunggu..

Berpeluh jawab soalan..

Thanx Joey@Boey for the tag...

Dia suruh aku jawab soalan-soalan ni..

Jom-jom meh kita tengok pe soalan nya, adakah sesusah soalan peperikasaan final semester..layanzz..

1) Adakah anda rasa anda hot ?
hot ke?
jawapan skema saya ialah saya cuma wanita biasa(wanita ke?kanank2?) sy tidak hot sy cuma cool je..hehe..
(joey:menjawab soklan tak?)

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?

mak ai sepah gle desktop aku..haha..malu2..


3) Cerita pasal gambar ini
gamba aku bersama si atan..si atan yg nakal!
masa kat hospital, mse jenguk ayah sakit, kene bisul..hihi..
seyes x tpu..

4) Kali terakhir makan pizza.
Dah berbulan tak makan, sebulan ada kot..
tunggu seorang ni belanja domino's tapi panggilan tak diterima lagi darinya

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Hey Soul Sister..sbb bila buka blog terus automatic lagu ni terpasang

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
YM cik Linda Martopo..(wei jgn marah aku ok?)

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
Aidil, Laily, Budak kecik, Ai, Lily (bongek spe yg panggil nama ni sy tak suka)

8)
Tag orang , siapa yang nak kena tag?
1. ijan
2. nani
3. joey
4.dila
5. telur

9) Siapa orang number 1 pada anda ?
kawan saya masa di STC

10) Katakan sesuatu pada orang number 5.
Cakap ape wey?
Hai Mr telur..cam pelik je wei..hmm..

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?
Dengan gf dia la..(dah ada kan joey?)

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
Dia gf kepada kawan kepada ex bf sy..hehe..

13) Kata - kata cinta pada orang number 4.
Perempuan kot..kata-kata cinta pe?
Dila, i lu v u dik!!haha..tak pasal-pasal je..bkn senang aku nak cakap benda2 ni..

14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag.
ijan - bdk lompat..hebat!
nani - nani suka men boling..betul tak?
joey - dlu takut dgn dia, sbb selalu p kelas pakai celak..keh2..
dila -dia ada kamera dslr..wei mau pinjam buleh?
telur-ni sy tak tau pe2..belog dia byk gamba2..kn?menarik!

wah..tekun aku jawab soalan-soalan ni..tekun gila..hihi..siap berpeluh-peluh ni..(poyo)

-the end-

Lelaki hensem vs lelaki tak kacak(tak hensem lah)

Sebelum ni perempuan cantik vs perempuan tak cantik.

Sekarang, lelaki hensem vs lelaki tak hensem pula..

Adakah perempuan begini??

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus..

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?



Note:Adakah si dia hensem sampai aku rasa simpati terhadapnya semasa ditinggal si dia ,huhu..lala..

Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik

Aku ternampak mak lah ni kat page blogger lain.Rasa macam interesting lak nak share kat sini.Sama-sama kita fikirkan :)

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!


Amacam?Korang pernah terlintas cakap benda-benda di atas ni?
Secara jujurnya, jujur ni tau..aku pernah terfikir beberapa perkara di atas.
Sebab kan saya dah cakap saya ni jahat..hehe..



Note:Manusia ni tau cakap pasal kelemahan orang je, kelemahan sendiri tak nampak..betul x?



Sentuhan Qalbu

Semalam aku menonton program Halaqah:Sentuhan Qalbu, musim terbaru episod 1.

Kenapa sentuhan qalbu?

Kalau selama ni halaqah membincangkan tentang permasalahan agama tapi kali ini pendekatannya lebih menyeluruh, bermula dari mana kita dicipta dan pengakhirannya.Menyentuh jiwa dan naluri kita.Bagi yang hati keras, tak tau la tersentuh ke tak.

Aku mencuba untuk menghayati, menyelami apa yang jurulatih ESQ tu sampaikan..

Bayangkan anda dijadikan dari air yang kotor..
Bayangkan anda dijadikan dari segumpal darah..

Beria-ia la aku bayangkan, ye saya bayangkan serius..siap tutup-tutup mata bagai (sebab memang disuruh tutup mata..)

Tengah bayangkan itu, ini.Tiba-tiba terlelap.Adui,potong stim betul la.

Almaklum la, menonton tv sambil berbaring tunggu masa untuk tidur memang cam tu la :)

Setakat 2, 3 ayat je aku dapat bayangkan, yang lain-lain tak sempat sebab aku dah selamat berlayar untuk seketika.

Tu pengalaman aku semalam.

Aku teringat semasa belajar dulu, Cik Safinah dan Puan Raihan ada membuat latihan ESQ ni pada mahasiswa baru(aku jadi fasilitator).

Fasilitator diminta untuk turut sama dalam latihan ini.

Tahu tak diakhir latihan ni, aku menangis.Menangis mengenangkan kesilapan lama,menangis mengenangkan kekhilafan aku sebagai hambaNya dan macam-macam lagi.Serba salah, kesunyian perasaan bercampur baur.Entah kenapa.Tersentuh hati aku dengan apa yang diucapkan oleh Cik Safinah ketika itu.

Meleleh-leleh air mata.huhu.Bukan aku seorang je ok.Ramai lagi yang menangis.Ok la tu kan?Tak de la rasa pelik sangat.hehe.Sah cenggeng!

Jika diberi kesempatan, aku teringin nak sertai training ESQ ni tapi bayarannya aiseh agak berbaloi-baloi juga lah.Mahal kot.



Lagu tema ESQ, hayatilah makna yang ingin disampaikan :)





Note:Bagi yang tak tau, halaqah ni setiap malam Selasa, 10 malam

Monday, June 14, 2010

Tipu Sunat

Tipu sunat..hehe..

X:Kakak dah kawin?

Y:Dah

X:Suami orang mana?

Y:KL

X:KL area mana?

Y:Kajang...eh bukan KL Selangor..lupa pulak..

Bila pulak masanya Kajang masuk jajahan KL ni..pakai cakap je.erk?konpius..

X:Dah ada anak?

Y:Tak ada.Belum ada rezeki(dalam hati ketawa)

X:Dah lama kahwin?

Y:Lama tak lama la.6 bulan.

Menipu lagi aku hari ni.Lantak la, bukan aku kenal kau pun dan harap-harap aku tak kan terserempak lagi dengan kau.

Sejak bila entah aku dah kahwin, kemudian ada suami orang Kajang lak.isk isk.Nasib aku cakap tak ada anak nanti jenuh pulak nak memikir nak bagi jawapan yang nyata salah dan tak betul belaka :)




Notes:
Kebenarannya, jangan kata suami, bf pun saya tak ada, apatah lagi tunang :p


Saturday, June 12, 2010

Dr Chuah-please be strong!

Dr Chuah, hanya doa sahaja yang mampu untuk aku kirimkan untuk mu dari jauh.

Dr please be strong!

Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa macam syahdu, sedih semacam bila terima berita terbaru dari Linda tentang keadaan Dr.

Wei..tolong-tolong aku rasa nak nangis!

Keadaan Dr semakin teruk, jika hari Khamis atau Jumaat lepas (aku dah lupa..sebab banyak makan semut macam ni la), aku dengar keluar darah dari mulut dia hari ni aku dengar keluar darah dari mata dia pula.Hwei Lin beritahu melalui status di facebook nya, hati, perut dan buah pinggangnya telah dijangkiti kuman.

mode:sad!